C.H.E
C.H.E, atau nama sebenarnya Sufian yang membesar di Subang Jaya baru sahaja melancarkan lagu dan video muzik rasmi bersama D’Karya yang bertajuk Semangat di Saluran YouTube Untuk Suara Jenerasi pada 28 December 2020.
“Semangat aku takkan hilang, biar berapa ribu yang cuba menghalang.”
Baris ini yang paling melekat dalam fikiran penulis. Hal ini kerana, baris ini berkait rapat dengan setiap individu. Penulis berpendapat bahawa lagu ini cuba mengingatkan kita supaya meredah segala halangan terhadap apa sahaja yang mendatang.
“Aku buat lagu ini sebab dulu aku jatuh, pelbagai masalah yang aku hadapi. Jadi bagi aku, semangat diri merupakan kunci utama untuk bertambah yakin dengan usaha aku sendiri agar lebih maju dan maju. Senang cerita lagu Semangat ni ubat untuk aku. ” – C.H.E
Berhubung dengan mereka di Instagram :