http:/https://www.youtube.com/watch?v=1-KXmX6iZ9Q
Nama Salammusik bukan calang-calang dalam kalangan peminat muzik reggae tempatan. Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, mereka telah meluncur sebuah lagu terbaru berjudul Pusaka. Lagu ini diinspirasi daripada seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat.
Ditubuhkan sejak 2006, kumpulan ini amat dikenali dengan lagu popular mereka seperti Aku Pelat dan Bangkit serta banyak lagi yang sentiasa mengangkat elemen dan irama tradisional Malaysia dalam karya mereka dan dikombinasikan dengan irama reggae yang sememangnya menjadi identiti Salammusik.
Menurut vokalis utama kumpulan ini, Ashraf Salam, “Lagu PUSAKA yang dihasilkan ini diinspirasikan daripada seni mempertahankan diri turun-temurun iaitu silat yang telah lama menjadi indentiti masyarakat Nusantara. Seni silat telah bermula sejak awal ketamadunan masyarakat Melayu lama. Ianya dibangunkan untuk menjadi sebahagian daripada tradisi Melayu untuk melatih fizikal dan mental seseorang individu, selain mengajar seseorang untuk bertenang dan mengimbangi kestabilan emosi.”
“Jadi kami rasa sempena bulan kemerdekaan tahun ini, lagu PUSAKA ini amat sesuai dimainkan untuk semua peminat dan pendengar untuk kami kongsi bersama terutamanya generasi muda. Walaupon masih mengekalkan konsep muzik tradisional dan reggae, kami sulami juga lagu ini dengan rentak moden supaya lagu ini kekal relevan untuk semua pendengar.” Tambah Salam.
Menurut Salam lagi, lirik lagu ini pula menceritakan tentang kisah perjuangan susah senang orang zaman dahulu yang telah pergi sebelum kita berjuang demi negara. Hal ini amat penting untuk membuatkan kita lebih menghargai perjuangan mereka dan tidak lupa kepada sejarah asal usul diri kita, juga tidak lupa kepada adat dan budaya nenek moyang kita yang terdahulu.
Lagu ini dihasilkan dengan kerjasama seorang pengarah filem tempatan, Areel Abu Bakar. Kolaborasi ini terjalin untuk menjadikan lagu ini sebagai lagu tema sebuah episod dokumentari silat yang bertajuk Pusaka Kita Maruah Kita. Kolaborasi ini dikatakan telah membuahkan hasil yang baik apatah lagi, Areel Abu Bakar merupakan seorang pengarah berbakat yang pernah memenangi anugerah antarabangsa menerusi filem Geran.
Maka, muzik video lagu ini juga akan memaparkan beberapa petikan daripada dokumentari tersebut. Dokumentari Pusaka Kita Maruah Kita akan ditayangkan di TV Alhijrah dengan tayangan sebanyak 13 episod. Muzik video dan lagu Pusaka pula boleh ditonton dan dinikmati di Youtube dan Spotify Salammusik bermula pada 15 September 2021.
Ikuti Salammusik di: