Satu-Satunya Lagu Melayu yang Mengabadikan Simfoni Valentine’s Day, Memang Layannn

oleh Chiv Iscandar
1K bacaan

Bagi masyarakat Melayu, sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) selalu dianggap ‘taboo’ kerana dikatakan bertentangan adat resam dan agama (jangan ketawa😆).

Namun, tahukah anda rupanya ada satu kumpulan yang telah membuat lagu istimewa khusus kepada kenangan Valentine’s Day ini 30 tahun lepas!


Lagu ‘Simfoni 14/2‘ oleh kumpulan Black Rose pada tahun 1990 adalah satu-satunya lagu Melayu yang tercipta bagi mengenang dan mengabadikan hari terpenting dalam kamus pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.

Dimulakan dengan riff solo ala Rock & Roll dan berdurasi 4′ 25”, ia mengandungi alunan vokal keras-keras lunak dengan lirik puitis ”Simfoni di malam itu…detik kita berdua” serta diteroka dengan unsur melodik pop balada dan sing along 80’s rock seperti Cinderella, Poison dan Bon Jovi.

Bahagian korus pula memang syahdu, menggambarkan suasana romantis pasangan pada malam Valentine:

“Bergema Irama, Mengalun Bicara, Bersemadi Cinta Suci,

Mentari Bersinar, Ikatan Sejati, Harapan hidup Bersama….’

* Mentari besinar membawa maksud pagi keesokan harinya setelah semalaman bermadu kasih.

Black Rose adalah satu kumpulan Rock & Roll tempatan dengan sentuhan Glam Rock yang wujud pada tahun 1990. Didepani oleh Ajin, mereka mengeluarkan album sulung yang memuatkan banyak lagu hits seperti ‘Penantian’, ‘Cinta Abadi’ dan ‘Simfoni 14/2’ ini. Ahli-ahli lain ialah Mario (bass), Jepp, Bard dan Sha’arin (drum). Masing-masing mempunyai latar belakang seni yang menarik.

Untuk rekod, Ajin adalah adik kepada kartunis Cabai yang pernah popular dengan siri Tiga Dara Pingitan (majalah Ujang) serta pernah berjinak-jinak dalam dunia kartunis, manakala Sha’arin pula ialah abang kepada Qi, drummer OAG.

Ini bermakna, 30 tahun lepas, abang-abang dan hakak-hakak kita telah terlebih dahulu mencipta dan menerima satu antem hebat yang menjulang tema Hari Kekasih.


Seni adalah rakaman perjuangan tentang kehidupan dan perasaan. Black Rose membuktikan tidak kira apa sahaja, saat-saat indah dan kenangan manis seperti Hari Kekasih (Valentine’s Day) harus terus tertulis.

Rock & Roll jalan terus!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅