Gandingan Search Kiddin dan XPDC Kita Peng Yu telah menggegar Kompleks Sukan Educity dalam konsert Search Voyage of Asia di Johor Bahru pada 25 November 2023.
Konsert selama hampir 4 jam itu menyaksikan Search dan XPDC menyajikan lagu-lagu mereka di hadapan kira-kira 4,000 penonton.
Terdahulu, DJ Isma Halil selaku pengacara turut menyampaikan doa solidariti Palestin dan segmen anugerah khas kepada arwah Mael XPDC bersama YB ADUN Iskandar Puteri beserta Mr Thomas, Mr Ayub dari pihak penganjur dan Kombat (Hari Rock Negara).
XPDC sebagai band pembuka membuka tirai dengan set 7 lagu ‘rare’ yang jarang dimainkan dalam persembahan-persembahan karnival mereka seperti Tak Nak Jadi Soh Chai, John Jenin dan Pelesit Mata Sebelah. Ternyata, mereka tidak menghampakan terutama Ary yang ligat berfungsi menjadi vokalis baharu serta henyakan gitar ala thrash metal oleh Jeff.
Selepas itu, Search yang ditunggu-tunggu tampil memberikan persembahan yang menghiburkan semua peminat setia Johor yang hadir malam itu. Denden (vokalis) melantunkan peesembahan hebat yang memukau. Nyata peningkatan yang ketara dalam showmanship beliau manakala Kid dan Din selaku enjin utama membawa naratif muzikal sebenar Search.
Lagu-lagu yang dibawakan mungkin tipikal seperti Pasti, Purnama, Isabella (nyanyi ramai-ramai), Teguh, Pawana, Fenomena namun ia cukup meriangkan paeminat-peminat pada malam itu.
Malam yang hebat bagi Search dan XPDC dalam Voyage of Asia. Tempat konsert yang canggih dan berhawa dingin juga mmbantu menyemarakkan suasana.
Namun yang pasti Johor Bahru tetap gah sebagai pertiwi Rock negara dan para Rockers Selatan akan tetap menyokong konsert-konsert rock mega akan datang.
Kehadiran penonton-penonton dari seberang tambak Singapura juga menbuktikan keberadaan konsert-konsert Rock tempatan akan sentiasa mendapat sambutan di Johor, Kejayaan konsert Search Voyage of Asia diharap terus memelihara dan memupuk arena Rock di Johor.
#ChivasAlexandria