(Artikel ini ditulis dan diterbitkan pada tahun lepas. Kemungkinan ada beberapa kandungan yang berkaitan tentang perkara tahun lepas).
29 Mei 1967 merupakan tarikh kelahiran bagi seorang gitaris dan penulis lagu legend dari Manchester — Noel Gallagher. Siapa tak kenal, bekas gitaris bagi kumpulan British Rock berpengaruh di dunia, Oasis dan sekarang masih berkecimpung dalam dunia muzik bersama Noel Gallagher’s High Flying Birds.
Sempena dengan hari jadi Noel, mari kami huraikan lima fakta menarik mengenai dia.
Sambil baca artikel ini, anda boleh dengar single terbaru NGHFB yang berjudul We’re On Our Way Now:
1. Noel Gallagher Membesar Dalam Zaman Kanak-kanak Yang Gelap
Noel Gallagher dibesarkan dalam zaman kanak-kanak yang gelap dan terseksa. Hal ini kerana dia dibesarkan dengan ayahnya yang selalu mabuk dan terlibat dalam perjudian.
Bukan itu sahaja, Noel dan abangnya Paul mempunyai masalah gagap. Jadi, mereka menjalani terapi pertuturan selama empat tahun untuk memperbaiki percakapan.
Pada masa yang sama, ibunya, Peggy Gallagher terpaksa berpisah dengan suaminya atas sebab undang-undang. Akan tetapi, ia mengambil masa enam tahun untuk berpisah dan selepas itu, Peggy bertanggungjawab membesarkan anak-anaknya.
Tanggungjawab membesarkan anak-anak sangatlah sukar kerana Peggy seringkali berhadapan dengan masalah anak-anaknya di sekolah. Semasa Noel berumur 15 tahun, dia telah dibuang sekolah.
2. Menyertai Oasis Selepas Kumpulan Adiknya Habis Show Di Sebuah Bar
Sebelum Oasis ditubuhkan, Noel Gallagher bekerja sebagai orang-orang backstage konsert, manakala adiknya, Liam Gallagher menubuhkan satu kumpulan yang bernama The Rain.
Pada suatu hari, Noel telah pergi ke sebuah bar untuk melihat persembahan The Rain dan dia kagum dengan adiknya. Selepas The Rain habis show, Noel datang mendekati mereka dan mengatakan yang dia suka dengan persembahan mereka.
Selepas itu, Liam telah mengajak Noel untuk menyertai kumpulan The Rain. Daripada sinilah peristiwa di mana tertubuhnya kumpulan Oasis. Peristiwa ini pernah diceritakan dalam filem dokumentari Oasis — Supersonic.
3. Menulis Lagu Wonderwall Untuk Kekasih Hatinya
Rasanya, ramai orang sudah familiar dengan lagu Wonderwall, mana taknya lagu yang menjadi identiti untuk Oasis. Akan tetapi, ramai sebenarnya tidak tahu backstory mengenai lagu ini.
Untuk pengetahuan anda, lagu ini sebenarnya ditulis untuk kekasihnya (bekas isteri Noel Gallagher). Sepatutnya Noel yang menyanyikan lagu ini, tetapi dia merasakan Liam sesuai untuk menyanyikannya.
4. Meninggalkan Oasis Kerana Bergaduh Dengan Liam Gallagher
Noel dan Liam Gallagher seringkali dikaitkan dengan hubungan adik-beradik yang tidak stabil, bermula dari mereka tubuhkan Oasis sampailah mereka berpecah.
Sebelum ini, Noel cukup sabar dengan perangai adiknya yang keras kepala dan panas baran.
Namun, semasa di Rock en Seine Festival (berlangsung di Paris), mereka berdua bergaduh besar sebelum persembahan bermula. Semasa mereka bergaduh, Liam telah mengambil gitar Noel lalu memecahkannya.
Selepas itu, Oasis membuat keputusan untuk membatalkan persembahan mereka pada saat terakhir. Pada masa itu jugalah, Noel membuat keputusan untuk meninggalkan Oasis.
Noel berkata:
“It’s with some sadness and great relief to tell you that I quit Oasis tonight. People will write and say what they like, but I simply could not go on working with Liam a day longer”. – Noel Gallagher, sumber dari Radio X.
5. Nama Kumpulan NGHFB Diinspirasikan Dari Kumpulan Jefferson Airplane
Selepas berpecah dengan Oasis, Noel telah menubuhkan Noel Gallagher’s High Flying Birds. Nama kumpulan itu sebenarnya mempunyai kisah menarik disebaliknya.
Semasa Noel sedang berada di rumah, lagu Peter Green’s Fleetwood Mac – Man Of The World dimainkan dalam radio, kemudian Noel terfikir:
“What if I was called Noel Gallagher’s something?”
Pada masa yang sama, dia teringat dengan sebuah lagu dari Jefferson Airplane iaitu High Flying Bird. Daripada peristiwa itulah dia menamakan kumpulannya, Noel Gallagher’s High Flying Birds.
10 Tahun Bersama Noel Gallagher’s High Flying Birds
Buat masa sekarang, Noel Gallagher baru sahaja mengeluarkan sebuah kompilasi album Back The Way We Came: Vol 1 (2011-2021).
Ia bersempena dengan 10 tahun Noel Gallagher’s High Flying Birds. NGHFB juga mengeluarkan single terbaru iaitu We’re On Our Way Now (kami ada letakkan pautan pada awal artikel).
Selain itu, kita juga dikejutkan kenyataan Liam di mana Noel ditawar £100 juta untuk Oasis bergabung semula. Namun, Noel telah menafikan kenyataan itu kerana tidak ada dalam sejarah muzik industri yang menawarkan £100 juta untuk reunion band.
Mungkin, sudah tiba masanya untuk kita move-on mengenai Oasis reunion kerana mereka berdua sudah mempunyai haluan masing-masing. Akan tetapi, kalau mereka bersetuju untuk melalukan reunion, adakah ia akan mengejutkan semua peminat Oasis?
Sumber:
- Sun Signs.
- Socurrent.
- Radio X – Why did Oasis split? The full story of Liam and Noel Gallagher’s feud…
- Radio X – The story behind Noel Gallagher’s High Flying Birds band name.