‘Khayalan’ – Sebuah Ekspresi Jiwa Dari Kolar Hijau

oleh Muhammad Ridhwan Bin Sa'aya
2.9K bacaan

Kolar Hijau adalah sebuah kugiran Pop/Rock Alternatif yang ditubuhkan sejak 2014 di bawah naungan Kamar Seni. Mereka kini tampil dengan single terbaharu berjudul Khayalan. Ia kini boleh mula dinikmati di semua platform digital dan aplikasi penstriman muzik bermula pada 28 Mei 2021.

Kumpulan ini pernah melancarkan demo lagu Kolar Hijau pada 2019 namun ianya dihasilkan secara terhad sebagai cubaan untuk melihat penerimaan peminat kepada muzik yang mereka hasilkan.

Lagu Khayalan merupakan satu cetusan ilham dari kumpulan ini yang membawa mesej jelas kepada penzahiran terhadap pengharapan dan perasaan. Selain itu, lirik lagu Khayalan pula merupakan satu luahan jiwa dari penulis lirik untuk meluahkan belenggu masa silam dalam meniti kehidupan penuh cabaran masa kini. Lagu dan lirik ini dicipta khas dengan teliti bagi memastikan penyampaian maksud tersirat dapat difahami pendengar dengan baik.

Menurut penyanyi utama serta merangkap gitaris kumpulan ini, Syahidil Aizat:

“Kumpulan Kolar Hijau ditubuhkan untuk menyampaikan mesej-mesej jelas melalui muzik bahawa pelbagai aspek kehidupan dan pemikiran manusia haruslah terjalin di antara perhubungan dengan jiwa dan minda. Oleh itu, setiap karya yang dihasilkan kami, adalah gabungan pelbagai variasi dan rentak yang disatukan menjadi satu konsep muzik unik. Elemen segar dan hijau pula diinspirasikan dari semangat cintakan alam.”

Selain Syahidil Aizat, kumpulan ini juga terdiri daripada Adeep Nair sebagai gitaris kedua, Ishak Maulan sebagai pemain bass dan Raja Farizal sebagai pemain drum.

Selain Khayalan, mereka juga pernah meluncurkan beberapa single lain antaranya Set Eyes To The Goal (2015) dan Raya Kita (2016), juga beberapa EP/Demo seperti Demo (2014), Cerap (2016) dan Kolar Hijau (2019).

Ikuti Kolar Hijau di:

Instagram

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅