The Expired, salah satu figura punk rock terawal tempatan baru-baru ini mengumumkan kemunculan semula dan ketibaan EP terbaharu mereka, Rock & Roll Taliban pada bulan Ogos tahun ini. Pra pesan kini dibuka sehingga 31 Julai 2021 dan setiap pembelian disertakan dengan EP empat trek, t-shirt, pelitup muka dan pelekat.
The Expired ditubuhkan pada tahun 1995 di Kuala Lumpur dan telah merilis beberapa buah album termasuk Total Fucking Wankers (1996), This Is Not Very Good Music From Expired Vol. 2 (1997) dan The Triple Album Ever Made By The Expired Vol. 3 (1999). Dipengaruhi oleh band punk UK, The Exploited, kelibat Papa sendiri mengingatkan kita kepada Wattie Buchan. Ikuti temubual Music Addicts Malaysia (MAMY) bersama Papa berkenaan rilisan terbaharu mereka ini.
MAMY: Hai Papa. Untuk EP Rock & Roll Taliban ni, boleh ceritakan sedikit tentang barisan anggota yang terlibat?
Papa: Kali ni semua line up baru. Papa macam biasa di bahagian vokal, Julian dan Nanai di posisi gitar, Roii main bass, Bakri henjut dram, beberapa orang back up vokal dan penari Tik Tok. Ramai yang nak main sebenarnya untuk comeback The Expired ni tapi keadaan kewangan tak mengizinkan. Tapi Papa akan buat full album juga lepas bulan 9 nanti. Sebab lepas PKP ni nak balik Langkawi semula. Bosan duduk KL ni tak ada laut. Langkawi boleh minum arak, hisap rokok murah dan main ramai awek omputih. Sini ada apa?
MAMY: Setakat ni, proses rakaman dah berapa peratus siap dan bila dijangka akan keluar EP ni?
Papa: Dah siap dah boss. Ni tengah pressing sambil relax-relax hisap rokok balut 3,4 batang layan ketum minum arak. Itu yang semua jari gatal duk menaip benda tak elok tu. Tapi orang lagi percaya kita cakap benda tak elok daripada kita buat benda elok. Tak percaya tanya Julian ni. Dah siap, tunggu masa je nak siap dapat CD, baju, sticker dan face mask. Kau dah order ke bro? Kena ada ni. EP ni mungkin album terakhir dari Papa. Sekarang ni dah tak berapa sihat. Selalu sakit berulang kali masuk hospital. Tekanan darah dah naik darah. Hahaha!
MAMY: Dah lama The Expired tak keluar material, kenapa tiba-tiba buat comeback?
Papa: Last album The Expired dulu tahun 1999, The Triple Album Ever Made By The Expired Vol. 3. Macam haram jadah album tu. Tu pun ada yang nak rip off jual print sendiri. Ada yang buat copy sendiri, buat fake poster jual ambil untung secara haram bagi anak bini makan duit haram. Haram jadah betul si bahalol tu.
MAMY: Ada terbaca pasal album 2002 The Expired yang hilang, boleh cerita sikit pasal tu? Adakah semua lagu dalam EP ni lagu baru atau rekod balik dari album yang hilang tu?
Papa: Ya, ada album yang hilang. Kalau Papa jumpa album tu nanti, kita bagi nama ‘Album Yang Hilang.’ Mana kau hilang kimak… Album tu tak sempat rilis sebab master copy hilang lepas siap rekod. Ada satu copy asal bagi kat kawan suruh simpan, kawan tu yang hilang, album tu tak hilang! Dan singles yang dah siap ni ada empat trek dan semua lagu baru. Lagu-lagu ni semua untuk pendengar 18 tahun ke atas sahaja ya. Kalau anak-anak punk bawah 18 tahun nak dengar sabar dulu ya nak, tunggu cukup umur dulu. Salam Covid-19 kepada yang dah order dan support The Expired 2021. Cheers!
MAMY: Soalan terakhir. Apa harapan Papa untuk EP ni dan scene punk Malaysia era ni?
Papa: Harapan Papa untuk EP ni semoga habis dijual je la. Sebab nak bayar kos studio dan barang-barang cetak CD, t-shirt, mask dan sticker. Harapan kat budak-budak punk ni harap beli je la. Kalau nak nasihat mungkin mak bapak diorang dah puas nasihatkan. Pada papa, kalau nak jadi punk tapi tak nak bekerja, tak nak berniaga, tak nak berusaha, tak nak majukan diri, jadilah macam orang yang tak ada harapan dalam negeri sendiri. Zaman korang ni paling seronok sekali sebab material untuk nak dengar punk atau dress punks ada di hujung jari. Kalau nak berniaga online ke atau jual dan trading apa-apa stuff pon boleh. Nak buat porno sendiri pon boleh tau! Gunalah teknologi yang ada ni untuk memajukan diri. Yang tak ada kerja tu buatlah kerja-kerja amal. Bersihkan flat kat tempat korang tinggal tu. Cantikkan taman-taman kawasan perumahan tu. Buatlah apa-apa aktiviti. Kalau tak pun berhijrah dalam negeri. Border dah buka nanti tengok negara sendiri.
#TheExpired #RocknRollTaliban #EP #Punk