Glistening Redchair Luncur Album ‘Celestial’ di YouTube

oleh Rahmat Mohd Did
818 views

Pada 26 mei 2021, kolektif alternative metal Perak, Glistening Red Chair (GRC) meluncur album terbaharu mereka, Celestial secara penuh di laman YouTube. Album ini juga bakal dirilis di pelbagai media penstriman bermula 30 Mei.

Celestial ditulis sepenuhnya oleh Gheff Abd Ghafar (vokal/ instrumen/ produksi) ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Album ini merupakan rilisan penuh ketiga selepas Guide Us Into Believing dan Therapist yang dikeluarkan pada Mei 2017 dan Julai 2018 sebelum ini.

Celestial meneruskan tradisi GRC iaitu penceritaan berpaksikan sesuatu tema atau konsep dalam albumnya; kali ini, Gheff membawa para pendengar ke dalam sebuah perjalanan merentasi angkasa lepas dalam album yang berdurasi 31 minit ini.

Di sebalik tema angkasa lepas yang ditonjolkan untuk Celestial, terdapat penceritaan yang menyentuh pelbagai topik, contohnya kerumitan hidup manusia, keburukan hawa nafsu, dan menerima hakikat kematian. Semua ini digandingkan dengan bunyian gitar fuzz raksasa dan hentakan dram padu yang diperincikan oleh sentuhan Anwar Husaini (adunan dan mastering).

Celestial semestinya memanggil-manggil pendengar untuk menekan butang ‘ulang’ setelah selesai mendengarnya buat kali pertama.

Senarai lagu album Celestial

1. Elaborate Dreamy State

2. Punisher

3. Portals

4. Celestial

5. Jupiter Planet Landing

6. Responding to Calamity

7. Voids

Album Celestial diterbitkan secara bersama oleh GRC dan Hazardgeek Records. Pembeli album di Bandcamp juga akan mendapat buku inlay digital yang mengandungi lirik dan rekaan seni yang menarik.

Mengenai Glistening Redchair

Glistening Redchair (GRC) ialah sebuah kolektif muzikal diterajui oleh Gheff Abd Ghafar dan bertapak di Seri Iskandar, Perak. Beliau berkolaborasi dengan pelbagai rakan-rakan pemuzik yang lain dalam menulis, menerbitkan, dan mempersembahkan muzik original beliau.

Teras utama bunyian GRC terinspirasi daripada alternative rock/metal; secara khususnya, muzik gitar berat daripada zaman alternative 90an dan 2000an dan berkecenderungan terhadap sludge seperti Deftones, Melvins, dan Alice in Chains.

Sehingga kini, GRC konsisten mengeluarkan material setiap tahun sejak penubuhannya. Antara rilisan yang lebih dikenali umum ialah EP grunge metal “Guide Us into Believing” dan EP seterusnya “Therapist” yang lebih kotor dan berat daripada segi bunyi dan konsep.

Ikuti Glistening Redchair di:

Facebook

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati