Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembaca yang menyokong sesi undian kali ini serta artis-artis yang turut sama mempromosi kategori-kategori yang dipertandingkan. You guys keep the flame alive!
Tahun 2021 merupakan tahun sukar untuk pengkarya-pengkarya tempatan dengan pandemik yang tidak berkesudahan serta bencana banjir yang menimpa di akhir tahun. Walaupun begitu, semangat kalian tidak pernah pudar dengan rilisan-rilisan berkualiti yang penuh variasi mewarnai babak muzik Malaysia.
Tanpa membuang masa, mari kita semak senarai pemenang yang mengungguli tahun 2021 dari kaca mata peminat muzik alternatif tempatan. Semak juga 15 Lagu Rock dan 15 Lagu Metal Malaysia 2021 Pilihan MAMY.
Artis Pilihan 2021 :
Sekumpulan Orang Gila
Album Pilihan 2021 :
Sekumpulan Orang Gila – Second Voyage
Lagu Pilihan 2021 :
Sekumpulan Orang Gila – Tugu Ugut
(Raja Nazrin Shah/ Ajim Juxta)
Kulit Album Pilihan 2021 :
No Good – Punk Gong
(Kide Baharudin)
Band Baharu Pilihan 2021 :
Raksar
Artis Solo/ Duo Baharu Pilihan 2021 :
Arunboii
Vokalis Pilihan 2021 :
Myo (Jemson)
Pemain Gitar Pilihan 2021 :
Raja Nazrin Shah (Sekumpulan Orang Gila)
Pemain Bass Pilihan 2021 :
Suffren Ghafar (Budak Nakal Hujung Simpang)
Pemain Drum Pilihan 2021 :
Bakri Ismail (Gerhana Skacinta)
Lirik Lagu Pilihan 2021 :
Sekumpulan Orang Gila – Tugu Ugut
(Ajim Juxta)
Video Muzik Pilihan 2021 :
Sekumpulan Orang Gila – Tugu Ugut
(Anwar Rusdini)
Kolaborasi Pilihan 2021 :
Sekumpulan Orang Gila ft Tim Lambesis – Second Voyage
Konsert/ Gig/ Live Streaming Pilihan 2021 :
Hujan 16 Tahun
(LOL Asia)
Label Rakaman Bebas Pilihan 2021 :
Atas by Bijan FX