Shahlan (Carburetor Dung & Fadedface) Tinggalkan Legasi Penting Muzik Independen Tanah Air

oleh Chiv Iscandar
0 komen 1.6K bacaan

Shahlan, vokalis asal kumpulan Carburetor Dung telah menghembuskan nafas terakhir pada 20 Februari 2026.

Beliau adalah antara sosok penting dalam perkembangan muzik independen tanah air kerana penglibatan sebagai vokalis dalam album ikonik punk rock ‘Songs For Friends‘ yang dikeluarkan oleh Carburetor Dung pada tahun 1993. Ia telah mencetuskan fenomena muzik underground dan Alternatif di seluruh Malaysia semasa itu.

Melalui ‘Songs For Friends’, Shahlan telah melakar satu tempat istimewa sebagai vokalis ketika era awalan muzik Underground tanah air sekitar dekad 90-an yang lebih banyak didominasi dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

Selain beliau, anggota Carburetor Dung lain semasa itu ialah Joe Kidd, Fendi, Pari dan Lan Bear.

Shahlan mengundur diri daripada Carburetor Dung selepas album Friends dan tempatnya diambil alih oleh Lee Pilgrims dan kemudian Alak. Shahlan sempat mempunyai band projek Fadedface yang turut memainkan genre Punk sekitar 2000-an.

Bagi ‘Songs For Friends’, album itu penting kerana walaupun kini berusia 33 tahun, ia menjadi rujuk-silang utama dalam titik mula sejarah muzik Underground tanah air. Daripada album tersebutlah, muzik independen Malaysia terus berkembang dalam peelbagai generasi muzik, aliran dan era sehingga kini.

Dan vokal Shahlan telah mewarnai keseluruhan album tersebut daripada antem klasik ‘Boo Hoo Clapping Song’ sehinggalah lagu amarah sosio-politik ‘Oppression!’.

Semoga arwah Shahlan terus dicucuri rahmat.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅