Smokin Out The Window: Lagu Yang Berkait Rapat Dengan ‘Big Mama’ Malaysia?

oleh Aqil Syakir
3.4K bacaan

Setiap kali anda gelongsor video-video di Tiktok, mesti jumpa iklan muzik video lagu Smokin Out The Window dari Silk Sonic, kan? Jangan tipu la, sebab penulis pun banyak kali ternampak iklan tersebut.

Kepada yang tak tahu lagi siapa Silk Sonic, mereka merupakan sebuah kumpulan R&B duo yang dibarisi oleh Bruno Mars dan Anderson Park. Sebelum ini, mereka pernah tular dengan lagu Leave The Door Open yang mendapat 438 juta tontonan di YouTube dan 640 juta strim di Spotify. Mereka juga turut mengeluarkan album sulung berjudul An Evening With Silk Sonic.

Timbul satu tanggapan penulis terhadap lagu Smokin Out The Window. Nak tahu apa? Tunggu sekejap kerana penulis nak berikan mukadimah dulu mengenai lagu ini. Samalah seperti cinta, apa-apa kena mukadimah dulu, tak boleh la terus ajak kahwin tanpa tahu isi hati seseorang itu (maaf atas kejiwangan).

Lagu Smokin Out The Window ni mengisahkan tentang seorang jejaka yang sangat hampa dengan apa yang dilakukan oleh teman wanitanya. Akhirnya, jejaka itu menjadi kecewa dan menjalani liku-liku hidup dengan sunyi. Perkataan Smokin Out The Window itu menggambarkan situasi menghisap rokok di tepi tingkap sambil memkirkan kekecewaan terhadap teman wanita.

Smokin’ out the window (smokin’ out the window)
Singin’, “How could she do this to me?” – potongan lirik lagu Smokin Out The Window.

Baiklah, kita pergi semula ke tanggapan dan persepsi penulis. Anda perasan tak bahagian lirik lagu ini:

This bitch got me payin’ her rent, payin’ for trips
Diamonds on her neck, diamonds on her wrist
And here I am, all alone (all alone), uh

I’m so cold, I’m so cold, you got me out here.”

Bila difikirkan balik, sebenarnya bahagian lirik lagu ini boleh dikaitkan dengan situasi rakyat Malaysia dengan Datin Seri Rosmah suatu ketika dahulu.

Selepas itu, ada juga orang rakam video sama dengan tanggapan penulis, boleh tengok di bawah:

@melvinegar She really took everything from us 😭 #tiktokmalaysia #mudahterhibur #brunomars #silksonic #rosmah ♬ Smokin Out The Window – Bruno Mars & Anderson .Paak & Silk Sonic

Oleh itu, adakah ia boleh dikaitkan dengan situasi Datin Seri Rosmah? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Kepada yang tak tahu lagi mengenai isu Datin Seri Rosmah ini, akhbar Wall Street Journal (WSJ) pernah mendedahkan bahawa beliau telah membelanjakan sebanyak AS$ 6 juta untuk pakaian, kasut dan barangan kemas pada tahun 2008 hingga 2015.

Tak mahu huraikan banyak-banyak mengenai isu ini, kerana ini portal muzik, bukan portal berita isu semasa atau politik. Kita tutup artikel ini dengan lukisan dari seorang kartunis politikal, Zunar.

Gambar diambil dari laman web Zunar.my.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅