An Intimate Night: Pertaruhan Najmi Niery Bermula

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.6K bacaan

Pada 19 November 2021, penulis telah mendapat jemputan untuk menghadiri sebuah acara berjudul An Intimate Night: Najmi Niery and His Company bertempat di Drum Asia, Hartamas Kuala Lumpur.

Buat yang tidak mengenali, Najmi Niery merupakan seorang penyanyi solo yang sedang mengorak langkah dalam industri muzik tanah air dan agak sedih di sini, perjalanan beliau agak susah untuk menembusi pasaran muzik disebabkan tidak mempunyai pengikut yang ramai di sosial media. Sangat tidak adil di situ kerana sepanjang acara itu berlangsung, penulis berpendapat bahawa Najmi bukanlah seorang penyanyi biasa dan sempat melihat beberapa video beliau sedang menyanyi di Instagram dan sejujurnya penulis kagum dengan tone suara yang dibawakan. Bukan apa, penyanyi pop jazz di Malaysia ini semakin pupus. Bukan tiada penyanyi bagus, namun jika bermazhabkan jiwang leleh pun tiada guna juga. Kita memerlukan lebih ramai penyanyi pop jazz lelaki di Malaysia ini.

Okay, berbalik kepada acara beliau. An Intimate Night: Najmi Niery and His Company merupakan sebuah acara bertemakan Jazz-Pop, Pop Balada di mana tujuannya untuk memberikan sebuah kepuasan baru buat penonton dan boleh menyanyi bersama bersama trek kegemaran. Namun apa yang mengejutkan penulis ialah tiket jualannya habis dalam masa 2 hari sahaja. Betul gian ni nak berhibur.

Menerusi setlist yang mereka persembahkan, penulis hanya mampu tersenyum girang kerana kesemua trek yang mereka kongsikan telah memberikan kepuasan maksima dan telah mengakhiri minggu itu dengan rasa cinta yang membuak-buak. Tambahan pula, Najmi sempat menyanyikan sebuah lagu ciptaan sendiri dan mendapat maklum balas yang baik dari semua penonton. Acara berakhir pada jam 10.30 malam.

Kesimpulannya, acara ini telah berlangsung dengan jayanya dan menerusi perkongsian Najmi, beliau sangat berpuas hati dengan persembahan pada malam itu. Dengan usaha sama dari Artus Music, mereka dapat memberikan persembahan yang cemerlang dan tidak sabar untuk memulakan langkah seterusnya selepas ini. Ini merupakan persembahan pertamanya dan beliau juga merancang untuk melaksanakan acara seterusnya tidak lama lagi.

Kami di pihak Music Addicts Malaysia mengucapkan tahniah kepada Najmi Nierry & His Company kerana berjaya memberikan impak yang baik sepanjang acara ini dan Selamat Maju Jaya untuk perjalanan yang seterusnya. Semoga kita semua dilindungi Tuhan dan terus menjaga SOP dimana kita berada. Adios!!

Ikuti Najmi Niery di:

Instagram

Twitter

Ikuti Artus Music di:

Facebook
Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅