Suarakan Hati Bersama Projek Suka

oleh Anome
1.4K bacaan

 

Projek Suka merupakan sebuah kolektif yang fokusnya tertumpu dalam percubaan menaikkan serta menyediakan platform bagi pemuisi-pemuisi yang ada. Masih lagi baru, tertubuh sejak Februari 2020, namun Projek Suka sentiasa menjanjikan sesuatu yang segar kepada para penonton. Walaupun Projek Suka lebih tertumpu kepada scene puisi lokal, namun harus dipuji usaha mereka yang bagaikan serampang dua mata turut memberikan fokus terhadap scene muzik seiring dengan usaha mereka dalam menaikkan scene puisi lokal.

Voicing Heart merupakan sebuah acara atas talian yang bermua pada 22 Oktober, 2021 jam 9 malam di Youtube channel Projek Suka. Berkonsepkan ‘pre-record’ dengan 4 sesi, setiap sesi pula mengandungi 4 slot persembahan puisi berserta 2 slot akustik yang berdurasi lebih kurang selama satu jam 30 minit bagi setiap sesi. Seperti online event mereka yang sebelumnya, para penonton tidak dikenakan sebarang bayaran. Bagi penulis, ini merupakan satu langkah bijak daripada mereka dalam usaha mereka menaikkan scene puisi lokal. Harus diakui sesetengah peminat agak skeptikal dengan acara atas talian yang berbayar, lebih-lebih lagi jika melibatkan persembahan puisi.

Sesi pertama Voicing Heart dimulakan dengan nama-nama yang agak biasa didengar oleh penulis. Sesi pertama Voicing Heart dibarisi oleh Khafh, Zalwana Jay, Ruang Sensitif (Fie), dan juga Ariff Naq. Slot persembahan muzik pula diisi oleh Nawizik mewakili Dewataraya serta Calon Pemusik Negeri Sipil (CPNS) dari Indonesia. Sejujurnya penulis agak teruja bila Projek Suka mengumumkan barisan persembahan mereka. Walaupun penulis agak ketinggalan dalam scene puisi lokal, tetapi jika diambil kira barisan persembahan yang dibawa oleh Projek Suka pada event mereka sebelumnya, penulis yakin bahawa barisan persembahan kali ini tidak akan mengecewakan.

Tidak dinafikan bahawa Projek Suka masih lagi berumur setahun jagung, masih lagi tidak dikenali, namun boleh dikatakan Projek Suka telah menunjukkan kredibiliti mereka dalam menganjurkan acara-acara puisi. Barisan-barisan perembahan mereka juga bukan calang-calang namanya baik pemuisi mahupun pemuzik. Ayuh bersama-sama memeriahkan sesi pertama Voicing Heart bermula pada 22 Oktober ini jam 9 malam. Jangan lupa subscribes ke saluran Youtube Projek Suka untuk sesi pertama Voicing Heart dan seterusnya.

Ikuti Projek Suka di:

YouTube

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅