Ledakan hip hop yang sedang mencanak naik di seluruh negara membuatkan pendengar berbelah bahagi untuk mendengar karya daripada artis yang mana. Hal ini disebabkan oleh terlalu ramai yang menjadi penggiat dan penggerak genre ini sekarang. Saban hari, semakin meluas genre ini dalam kalangan masyarakat selepas beberapa lagu bernuansa hip hop dipertaruhkan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu tempoh hari.
Pada 27 Mac 2021, DC Maine (DC Willie & K-Main), kombo yang tidak asing lagi
di ruang bawah tanah telah memuat naik sebuah EP yang bertajuk Moon Trap di semua platform digital. EP yang mengandungi 5 buah lagu ini menarik perhatian aku kerana ia seakan menceritakan realiti Rapper Trap pada era kini.
Kepada yang tidak tahu, Trap merupakan subgenre bagi muzik Hiphop. Dari segi flow, ia amat menarik kerana seakan memerangkap diri kita untuk bounce bila dinyanyikan mahupun didengar.
- Apa I Suka
Dalam Apa I Suka, sumpah weh aku minat gila vocal delivery mereka berdua. Santai tapi sampai.
“Aku suka mop yang muka lantai.”
“Apa yang I suka, bila buat kau berduka.”
“Jangan berani cuba kalau bukan Gangster dari Cuba.”
Ini antara bars atau lirik dalam Apa I Suka yang menunjukkan kemampuan wordplay keduanya yang sangat jitu dan menusuk.
2. Palatao
“… tak nak nampak kau dalam kelibat sebab kau si palatao.”
Aku tak tahulah diorang cakap dekat siapa tapi apa yang aku nampak dekat line ni, diorang berdua betul-betul marah dengan yang jenis palatao ni. Mungkin ada cerita di sebalik kisah lagu ini yang kita kena tanya tuan badan, jadi aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada DC Willie sendiri.
“Kitaorang enjoy jek masa buat lagu tu. K-Main came up with the topic Palatao then we wrote ah hahahaha,” kata DC Willie dalam WhatsApp sambil aku yang baca tersenyum, like serious ah.
Bagi aku, lagu Palatao ni dia macam something tapi aku tak tahu kenapa. Semuanya membuatkan aku jadi lebih ghairah untuk mengulang putar trek ini berulang kali.
3. Numbers Don’t Change
“Kalau kau McD, aku siap order double!”
Line ini cukup menandakan mereka tidak kisah beef yang mana, diorang okay saja. Korang nampak tak ego mereka? Aku nampak. Numbers Don’t Change akan jadi salah satu favourite song dalam playlist aku.
4. Family Tree
Family Tree merupakan lagu terakhir aku dengar di dalam Moon Trap. Sedap diulang-ulang sebab tak puas bila aku dengar sekali. Banyak yang kita dapat belajar daripada lagu ini. Antaranya, cara penulisan dan penyampaian mereka.
5. Less Than Three ᐸ3 (feat. Nadhira)
Less Than Three <3 merupakan lagu kedua dalam EP ini yang aku dengar di Spotify. Selain DC Willie dan K-Main, lagu ini turut menampilkan penyanyi R&B meningkat naik, Nadhira. Kombo ni dah memang gempak, ditambah pula dengan satu suara wanita: Auto letups.
Setelah dua tiga pusingan melayan Moon Trap, aku rasa ia adalah sebuah produk yang boleh dibanggakan dan mungkin juga boleh jadi rujukan muzik trap dengan perisa lokal kepada artis lain yang baru mula berjinak-jinak. Tak adalah asyik main lagu dengan stail sama saja, kan? Kepelbagaian itu perlu, dan DC Maine melaksanakannya dengan sempurna!
Buat mereka yang belum lagi mendengar EP ni, aku ucapkan selamat mendengar.
Ikuti mereka di: