Piring Terbang Sampaikan Mesej Patah Hati Dalam lagu ‘Demi Bahagia Mu’

oleh Aqil Syakir
1K bacaan

Piring Terbang — sebuah kumpulan alternative/ pop rock dari Terengganu baru sahaja mengeluarkan single terbaru berjudul Demi Bahagia Mu pada 5 April 2021.

Menurut mereka, lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Setelah lama berkenalan, lelaki itu berharap wanita yang dicintai akan menjadi jodohnya suatu hari nanti.

Namun, langit tidak selalu cerah kerana wanita itu sebenarnya telah dirampas oleh kawan baik lelaki itu sendiri. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu melepaskan bunga yang disayanginya untuk kumbang lain. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa memendam perasaan patah hatinya seorang diri.

Berdasarkan pendapat penulis, lagu Demi Bahagia Mu memang ditulis khas untuk mereka yang pernah alami pengalaman pahit sebegini. Vokalis boleh dikatakan berjaya membawa suara lunak yang mengundang kesedihan.

Syabas Piring Terbang atas pelancarannya MV pertama ini. Diharapkan lepas ni dah move on dari kesenduan dan boleh buat lagu yang lebih ‘bersemangat’ pula. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Piring Terbang di:

Facebook: Piring Terbang My

Instagram: Piringterbang.my

Twitter: PIRING TERBANG MY

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅