Tapak kusyen Zebzag daripada Dr. Martens mula mencuri perhatian musim panas lalu dengan kejayaan Zebzag Mules yang menjadi viral. Kini, tapak ikonik itu boleh digayakan sepanjang tahun dengan pengenalan dua rekaan but baharu. Mudah dipakai dan lebih mudah untuk disarung.
“Tapak Zebzag direka khas bagi memenuhi tuntutan kehidupan moden — menggabungkan ketukangan terserlah, ketahanan dan keselesaan harian. Siluet but baharu ini bergerak bersama anda, masuk dengan mudah ke dalam apa jua gaya sambil mengekalkan identiti Dr. Martens yang tidak dapat disangkal. Ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan rekaan abadi, yang dibentuk melalui cara pemakai kami hidup, bergerak dan mengekspresikan gaya peribadi mereka.” — Adam Meek, Ketua Pegawai Produk, Dr. Martens
ZEBZAG LACELESS BOOT
Rekaan ini diinspirasikan daripada but 1460 yang ikonik namun diberi sentuhan gaya santai. Seperti namanya, Zebzag Laceless Boot ialah slip-on yang mengekalkan estetik but bertali. Dibalut dengan kulit Wyoming hitam yang lembut untuk tampilan santai terus dari kotak, ia turut dilengkapkan dengan heel loop hitam dan kuning berjenama Dr. Martens.
ZEBZAG RIGGER BOOT
Sedikit lebih rendah pada buku lali, Zebzag Rigger Boot mengambil inspirasi daripada siluet industri namun diolah semula untuk keselesaan santai yang terasa seperti di rumah. Slip-on ini dilengkapkan dengan dwi penarik (dual pull-tabs) dan perincian jahitan Puritan stitch. Rigger Boot boleh didapati dalam kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dalam pelbagai warna.
KEISTIMEWAAN TAPAK ZEBZAG
Tapak Zebzag direka dengan teras kusyen, menggabungkan midsole EVA ringan bersama tapak PVC tahan lama. Ringkas, ergonomik dan menawarkan tahap keselesaan yang mengagumkan. Kesemuanya dibalut dengan DNA Dr. Martens termasuk:
-
Tapak lebih lebar dengan alur bergaris jelas
-
Corak tapak berlekuk
-
Jahitan welt kuning yang ikonik
But baharu ini juga dilengkapi dengan SoftWair insoles untuk keselesaan menyeluruh, luar dan dalam.
KETERSEDIAAN
• Zebzag Laceless & Rigger Boots boleh didapati di seluruh dunia bermula September 2025.
• Tapak Zebzag juga akan muncul dalam koleksi Dr. Martens AW25 yang lain.