‘Tiada Makna Hendak Ku Sampaikan’: Melodi Kecewa Insecure

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.9K bacaan

 

Selepas dikenali menerusi single Luka Duka dan Bayang, kini Insecure kembali dengan single terbaru Tiada Makna Yang Hendak Ku Sampaikan yang dilancarkan pada 9 Januari 2022 di saluran Youtube rasmi mereka.

https://youtu.be/MP_zfkD5R5c

Insecure merupakan sebuah One Man Band Project yang berasal dari Tanjung Malim, Perak dan diasaskan oleh saudara Ku Azri ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Walaupun mengetengahkan bunyian yang rojak, beliau lebih selesa mengklasifikasikan muziknya sebagai alternative rock dengan hadirnya pengaruh dari Slowdive, Lush, Smashing Pumpkins, Sekumpulan Orang Gila, dan My Bloody Valentine.

Menerusi perbualan penulis bersama Ku Azri, lagu ini berkisar tentang seseorang yang telah berputus asa dengan kehidupan kini dan merasakan tiada guna untuk meneruskan hidup. Disebabkan orang sekeliling, diri sendiri dan filem, maka terhasillah karya ini.

Dari pemerhatian penulis, Tiada Makna Yang Hendak Ku Sampaikan merupakan sebuah kisah sedih yang tidak berpenghujung. Dengan durasi 3 minit 40 saat, penulis hanya mampu diam membisu sepanjang lagu ini dimainkan. Dimulakan dengan petikan guitar yang simple namun tepat ke sasarannya, dicampur pula dengan ambience yang membuatkan diri berada di awangan, dan akhir sekali disulam pula dengan vokal yang menampakkan beliau sedang merayu dan merintih kesedihan. Mengapa Insecure memilih tema Depresi, Anxiety dan Emosi? Ini merupakan jawapan Insecure:

“Sebab untuk rilisan Insecure yang akan datang, segalanya adalah tentang perjalanan emosi seseorang karakter itu.”

Menurut Ku Azri lagi, Insecure sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan EP pada tahun ini dan sejujurnya penulis tidak sabar akan rilisan yang seterusnya. Walaupun beliau melakukan kesemua produk secara kendiri, hasil yang dikeluarkan amatlah memberangsangkan dan Insecure harus diberi perhatian oleh semua pendengar muzik.

Tahniah atas pelancaran Tiada Makna Yang Hendak Ku Sampaikan. Semoga terus maju dan jangan pernah berhenti berkarya. Penulis mendoakan kesejahteraan Insecure dan selamat maju jaya. Adios!

Ikuti Insecure di:

Instagram

Facebook

Twitter

 

 

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅