Siapa Yang Nathanie Panggil?

oleh Anome
456 views

Penyanyi neo-soul wanita yang berasal dari Kuching, Nanthanie Ngu atau lebih dekenali sebagai Nathanie telah melancarkan video muzik (MV) rasmi single Who Do I Call? pada tanggal 10 Januari 2022 dengan jangka masa selama 1 minit 09 saat. Who Do I Call? merupakan sebuah trek yang diambil daripada EP Digital beliau, Nathanie Was Here di saluran YouTubenya.

Kredibiliti Nathanie tidak boleh dipertikai setelah beliau menjadi wakil Malaysia dan satu-satunya  finalis wanita di pusingan akhir Vans Musicians Most Wanted 2021. Di antara 300 penyertaan, 5 finalis dipilih, dan Nathanie berjaya merangkul gelaran Juara Malaysia.

Seperti karya-karya sebelumnya, kesemua lagu-lagu Nathanie hadir dengan jangka masa di bawah 2 minit namun mesej yang disampaikan jelas, ringkas dan padat. Jika diperhatikan kesemua MV miliknya di tulis ‘Episode’ mengikut turutan pelancaran. Khabar angin mengatakan setiap MV milik Nathanie mempunyai kesinambungan yang tidak diketahui antara satu sama lain.

Tonton MV Who Do I Call? di saluran YouTube Nathanie Ngu dan dengarkan di kesemua platform penstriman atas talian. Ikuti laman media rasmi Nathanie di Twitter dan Instagram untuk informasi terkini muzik terbaru beliau.

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati