2.3K
Susulan berita PM Malaysia yang dimasukkan ke hospital kerana dikatakan cirit-birit, bekas vokalis/ gitaris Blink 182 Tom DeLonge tanpa disangka-sangka telah berkongsi berita tersebut dalam twitternya hari ini.
Dalam pautan twitternya itu, Tom juga berkongsi satu imej ‘gif’ seorang brader berambut mullet (beliau sendiri dalam MV First Date).
Ramai orang berdekah dengan perkongsian Tom dan tidak kurang juga terkejut kerana Tom seolah-olah mengambil tahu cerita-ceriti politik Malaysia.
Tom adalah legenda punk rock alaf moden dan juga seorang yang agak politikal memperjuangkan isu-isu seperti kebebasan, perkauman dan LGBTQ.
Selain Blink, Tom juga mempunyai band projeknya Angel & Airwaves.
#ChivasAlexandria