5 Soalan Bersama : Hullera

oleh Mohd Aqil Aiman
3.4K bacaan

Hullera merupakan femcee (female emcee) yang semakin meningkat naik di bawah LOKA Entertainment. Sekitar 2019, industri Hip Hop tanah air dilanda fenomena kemunculan femcee-femcee baharu yang sangat menyerlah seperti Bunga dan lain-lain namun Hullera masih kekal di satu kelas tersendiri dengan gayanya yang bersahaja. Nama beliau mula melonjak naik apabila bersama dengan 16 Baris musim kedua.

Ikuti temubual kami bersama Hullera baru-baru ini yang mengupas pelbagai topik menarik di bawah. Enjoy!

MAMY : Apakah perkara terawal yang Hullera akan buat setelah pandemik Covid-19 ini berakhir?

HULLERA : Saya nak balik SG & JB jumpa atuk dan nenek saya. Rindu sangat dekat diorang, at the same time boleh bercuti kejap jalan-jalan cari ilham.

MAMY : Lirik-lirik yang digunakan oleh Hullera menggejolak jiwa generasi muda era ini. Apakah yang menginspirasikan Hullera dalam berkarya?

HULLERA : Bagi saya, inspirasi tu sentiasa datang dari Tuhan. But what makes you a pro is when you look for inspiration, bukan goyang kaki tunggu ilham turun. Ibarat kita minta doa dekat Tuhan turunkan rezeki tapi taknak usaha. Memang tak jadi la kan? Sebab kejayaan tak datang dari “luck” tetapi hardwork kita. Saya berkarya mengikut kemampuan dan kefahaman diri sendiri dari apa yang saya lalui dan cara hidup saya. Jadinya lagi senang untuk orang relate, especially generasi sekarang. Selalunya saya fikir macam mana cara paling simple nak bagi orang faham apa yang saya nak sampaikan to my listeners.

MAMY : Jolokan Minah Gerek semestinya tidak asing buat Hullera. Bagaimana panggilan nama itu tercipta?

HULLERA : Gerek tu slang orang Singapura. Minah tu cam ayat pasar yang saya selalu guna panggil kawan-kawan. Jadilah Minah Gerek.

MAMY : Ramai yang memuji persembahan Hullera di The Wknd yang menggunakan full band. Bagaimana projek tersebut terhasil dan bagi Hullera sendiri, apa beza guna backing track berbanding full band?

HULLERA : The Wknd session memang dikenali sebagai platform untuk band-band perform. Tapi saya tak sangka pulak yang diorang panggil saya perform, rap pulak tu. Jadinya me and my team roger budak-budak studio pastu kitorang rehearse dalam 2 kali before perform. And that was the first time I performed with a band. The best thing is diorang ajar dan fahamkan saya walaupun saya baru nak belajar. Dari pengalaman sendiri, perform dengan band memang beza la dari segi equipments, sound and feel dia. Baru rasa ‘live jamming’ tu. Kalau ada backing track kadang saya rasa macam karaoke jamban pun ada juga.

MAMY : Selain menulis dan rapping, Hullera juga berbakat dalam seni lukisan. Apakah stail yang Hullera bawa dalam naskah-naskah yang dihasilkan? Selain itu, ada tak sebarang visi untuk bakat ni? Mungkin nak buka galeri satu hari nanti?

HULLERA : Saya belajar melukis dari zaman sekolah dulu sebab dalam kelas saya selalu mengantuk, jadi kalau saya melukis saya takkan tertidur masa cikgu mengajar. Stail saya bila melukis selalunya kartun-kartun sebab benda tu menguji imaginasi saya. Then I tried painting, and I fell in love with it. Setakat ni painting and drawing saya jadikan sebagai terapi sahaja. Tapi kalau ada rezeki untuk bawak seni lukis ke next level, saya akan cuba. Buat masa sekarang, I’m still learning.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅