Tulisan Suara 2021 Cari Komposer dan Penulis Lirik Berbakat

oleh Rahmat Mohd Did
1,177 views

Anda berbakat menulis lirik dan menggubah lagu? Ini masanya untuk bersinar!

Tulisan Suara (TUSA) merupakan sebuah pertandingan menulis lirik dan menggubah lagu. Mereka mensasarkan 26 peserta berbakat yang mempunyai pakej lengkap boleh menulis lirik, menggubah lagu serta menyanyi.

Pertandingan ini akan dijalankan secara atas talian pada peringkat kumpulan dan separuh akhir. Untuk pusingan akhir, ia akan dijalankan secara fizikal di event space. TUSA merupakan platform untuk mempromosi artis independen dan dalam masa sama mencari artis baharu berbakat. Tak lupa juga, TUSA turut menyediakan kelas latihan kepada peserta yang layak/ terpilih ke peringkat kumpulan.

Pendaftaran telah dibuka bermula 26 April 2021 hingga 6 Mei 2021. Peserta dikehendaki mendaftar di Google Form dan perlu menghantar lagu dalam format MP3 untuk tujuan uji bakat. Selepas itu, mereka akan memilih Top 26 untuk dimasukkan ke pusingan berkumpulan. Sebelum mula pusingan berkumpulan, TUSA ada sediakan kelas untuk semua peserta.

Pusingan berkumpulan pula ada dua grup, jadi setiap grup akan ada 13 orang peserta. Di pusingan berkumpulan, peserta perlu hantar lagu dan persembahan ringkas dalam bentuk MP4. Kemudian, juri akan membuat penilaian berdasarkan lirik, lagu, suara, persembahan dan kreativiti.

Selepas dinilai, TUSA akan memilih Top 8 untuk masuk ke pusingan semi final. Format di semi final sama dengan di peringkat kumpulan.

Untuk pusingan akhir, Top 6 akan dipilih dan TUSA akan menjalankannya di event space atau secara livestream.

Ringkas, kan? Tunggu apa lagi, isi borang di bawah atau terus hubungi nombor di poster sekarang!

Isi sekarang! :

Borang penyertaan

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati