Tulus ‘Ingkar’ Dalam Melawan Arus

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.7K bacaan

Tulus -Ingkar

Selepas sekian lama, Tulus hadir juga dengan sebuah single baharu bertajuk Ingkar.

Buat yang tidak mengenali, Tulus atau nama sebenar beliau Muhammad Tulus Rusydi merupakan seorang penyanyi dari Indonesia. Mungkin ramai di zaman kini lebih mengenali Fortwnty, Kunto Aji dan Tompi namun penulis lebih meminati beliau kerana tidak disangkal lagi kehebatan beliau dalam menyampaikan lagu yang liriknya puitis dan mampu tembak tepat buat sesiapa sahaja yang mendengar. Kali terakhir beliau menghasilkan album ialah pada tahun 2016 iaitu Monokrom dan beliau juga mempunyai album sebelum itu iaitu Gajah (2014) dan Tulus (2011). Buat yang tidak biasa mendengar, silakan mendengar semuanya.

Menurut Tulus, proses menyiapkan single ini agak sukar disebabkan penularan wabak Covid-19 di Indonesia dan erti kata lain ‘ruang gerak yang sedang sempit’ namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dengan adanya teknologi yang lahir di sekitar mereka dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Segala proses produksi dijayakan oleh Ari Renaldi yang menjadi pilihan Tulus dalam setiap materialnya dan juga turut serta, Erwin Gutawa (Weh Erwin Gutawa tau bukan calang-calang orang).

Tulus

Ketika proses mendengar, seperti biasa Tulus tidak mengecewakan dengan vokalnya yang lembut dan menusuk ke hati serta sentuhan Ari Renaldi dan Erwin Gutawa juga memberikan tenaga yang penuh terhadap Ingkar. Liriknya tidak mengecewakan kerana Tulus juga genius dalam menghasilkan lirik yang puitis dan straight forward. Jika diamati lagu ini betul-betul, ia mengisahkan tentang insan yang dalam dilema percintaan dan tidak dapat move on dari kisah percintaan yang lalu. Penulis juga terkesima dengan bait lirik yang disampaikan iaitu “Aku coba dengan yang baru/ Kukira hilang bayangmu/ Namun tiap dengan yang baru/ Rasanya seperti berbohong dan curangimu.” Dan di saat mendengar single ini, penulis sempat membayangkan apabila dapat melihat Tulus di sebuah festival dan sing-along bersama penonton.

Penulis difahamkan September ini merupakan tahun yang kesepuluh penyanyi pop jazz dari Indonesia ini berkarya dan single ini merupakan tanda awal Tulus untuk menghasilkan album yang akan datang dengan lebih matang.

Tahniah buat Tulus atas pelancaran Ingkar. Semoga penulis dapat bertemu dengan Tulus suatu hari nanti dan menyanyikan lagu kegemaran penulis iaitu Teman Hidup. Penulis mendoakan kesejahteraan Tulus di luar sana. Adios!!

Ikuti Tulus di:

Facebook

Twitter

Instagram

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅