The Black Album Genap 30 Tahun

oleh Azam Gilmour
2.3K bacaan

Album kelima Metallica, Metallica dilancarkan hari ini, 30 tahun lalu oleh Elektra Records. Dikenali sebagai The Black Album kerana seni kulit albumnya yang serba hitam.

Album ini dirakam sepenuhnya di One on One Studio di Los Angeles dan memakan masa lebih lapan bulan untuk disiapkan bersama produser baharu mereka, Bob Rock.

Metallica tampil perubahan dalam seni muzik mereka dari thrash metal (4 album terawal) kepada lebih perlahan, lebih berat dan lebih halus.

Metallica promosi The Black Album dengan beberapa siri jelajah. Mereka juga lancarkan lima single dari album ini: Enter Sandman, The Unforgiven, Nothing Else Matters, Wherever I May Roam dan Sad but True, di mana semua lagu-lagu ini dianggap lagu-lagu terkenal mereka.

The Black Album tidak terlepas dari kritikan pengkritik muzik, juga peminat tegar mereka yang sangat tidak bersetuju dengan muzik baharu bawaan mereka. Tetapi, mereka berjaya mendapat peminat baru yang jauh lebih ramai, dan menjadikan Metallica satu-satunya album mereka paling laris dalam katalog album mereka.

TRIVIA METALLICA

  1. Metallica adalah album terlaris Metallica sepanjang karier muzik mereka.
  2. Menduduki tangga pertama carta di sepuluh negara dan selama empat minggu dalam carta Billboard 200.
  3. Metallica juga salah sebuah album terlaris sepanjang masa, dan salah satu album terlaris di US, dengan terjual lebih 16 juta unit di sana.
  4. Mereka mengadakan jelajah Eropah sempena ulangtahun ke-20 tahun album ini pada 2012, dengan memainkan semua lagu dalam album ini di sepanjang jelajah itu.
  5. Berada di tangga ke-255 dalam senarai 500 Greatest Albums of All Time majalah Rolling Stone.
  6. Pada Disember 2019, Metallica menjadi album keempat dalam sejarah US memasuki minggu 550 dalam Billboard 200.

Tanpa album ini, penulis juga tidak mengenali mereka.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Metallica #TheBlackAlbum #30thAnniversary #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅