‘Tyranny’ – Pesanan Buat Hati Yang Tersakiti

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.7K bacaan

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Seeing The River akhirnya meluncur single terbaru mereka, Tyranny di semua platform digital menampilkan Jabit dari Pressureside pada 11 September 2021.

Berpaksikan Melodic Hardcore/Hardcore Punk/Metalcore, single ini memberi semangat baru buat semua pendengar di Malaysia yang merindukan irama amarah dari band yang berasal dari Johor Bahru ini.

Dari sudut muzik dan susunan lagu, penulis hanya mampu tersenyum akan kehebatan mereka dalam menyuntik pelbagai elemen segar. Selain vokal yang mantap, penulis agak pelik dengan lirik yang disampaikan. Pada asalnya penulis berpendapat tatabahasa yang bermasalah namun tidak, kerana Tyranny mempunyai dua cerita berbeza. Bahagian awal menceritakan tentang sebahagian diri yang suka memendam rasa dan satu bahagian lagi mereka memaksa diri untuk meluahkan segala rasa yang sakit seperti dihiris sembilu. Agak unik namun penulis mencadangkan agar mereka lebih banyak belajar tentang penulisan lirik lebih-lebih lagi dalam Bahasa Inggeris supaya nampak lebih kemas dan berketerampilan. Untuk kualiti, seperti biasa adunan dan mastering Zarif Muazzam dari Spunkdok tidak perlu disangkal lagi kehebatan beliau.

Menurut Eddery (vokalis), mereka mengambil pengaruh dari band Counterparts di mana mereka mempunyai satu lagu yang pendek dan membuatkan beliau ingin membuat perkara yang sama seterusnya memberi impak kepada Tyranny.

Bercerita mengenai Jabit dari Pressureside, mereka sengaja memilih beliau bukan hanya kerana kolaborasi. Irama amarah yang dilontarkan Jabit adalah sesuatu yang unik dan mampu memenuhi kriteria lagu penuh emosi dan paling penting, garing.

Harapan Seeing The River adalah supaya mereka dapat memperbaiki diri sendiri bukan sahaja dalam penulisan lagu malah ingin menjadi band yang diingati dalam lipatan sejarah muzik Malaysia. Album pertama mereka dilancarkan pada 2017 dan sebuah single menyusul pada 2019 sebelum hiatus selama dua tahun.

Tahniah buat Seeing The River atas pelancaran single ini. Penulis mendoakan kesejahteraan kalian dan jangan mudah mengalah. Teruskan perjuangan kalian. Adios!

Ikuti Seeing The River di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅