Ulangtahun ke-35 ‘Appetite for Destruction’, GNR Band Rock D*dah Mabuk Paling Berjaya

oleh Iscandarz
1,346 bacaan

Genap 35 tahun lepas, album Appetite for Destruction oleh Guns N Roses (GNR) dikeluarkan pada 21 Julai 1987.

Membariskan lagu-lagu hebat dan ikonik yang memperkenalkan GNR pada awal kemunculan mereka, ia dianggap antara album rock paling tersohor di era hangat 80-an.

Menurut legenda, asalnya tiada siapa yang hendak membiayai rakaman album mereka kerana khuatir dengan kerenah rukun Rock N Roll Punk – d*dah, mabuk dan antik mereka akan menyebabkan proses rakaman terganggu dan kos kerugian.

Namun, seorang eksekutif A&R telah mengambil risiko kerana percaya budak-budak GNR ini tetap mengambil berat dan komited dalam kerja-kerja penghasilan album lalu mengupah seorang produser kurang terkenal kerika itu Mike Clink (Whitesnake, Motley Crue) bagi proses rakaman.

Ia terbukti benar dan walaupun masing-masing hanyut, tetapi apabila kembali ke studio mereka menjadi sangat komited dan hasilnya, lahirlah album Rock & Roll terhebat tersebut.

Proses penciptaan lagu ketika Apperite menjadi mudah kerana masing-masing sudah membawa lagu sendiri ke meja studio dan hanya menambah baik riff, lirik dan setup sound.

Senarai Lagu (perhatikan betapa dasat impak beberapa lagu):

  1. Welcome To The Jungle (Slash / Rose)
  2. It’s So Easy (McKagan / Arkeen)
  3. Nightrain (Stradlin / McKagan / Rose / Slash)
  4. Out Ta Get Me (Slash / Rose / Stradlin)
  5. Mr. Brownstone (Stradlin / Slash)
  6. Paradise City (McKagan / Slash / Rose / Stradlin)
  7. My Michelle (Rose / Stradlin)
  8. Think About You (Stradlin)
  9. Sweet Child O’ Mine (Rose / Slash / Stradlin)
  10. You’re Crazy (Slash / Stradlin / Rose)
  11. Anything Goes (Stradlin / Rose / Weber)
  12. Rocket Queen (Rose / Slash / Stradlin)

Dan Oktober depan, GNR akan bertandang ke benua Nusantara dengan konsert besar di Singapura dan Bangkok.

35 tahun album yang abadi dengan sentuhan sentuhan Rock & Roll tulen dan origin keagungn GNR!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati