ULASAN: ROTAN CHIPPERS – ‘BREAK THE ICE’

oleh Music Addicts Malaysia
365 views

Wah, sekali lagi band funk rock tanah air iaitu Rotan Chippers rasmi melepaskan single mereka yang berjudul “Break The Ice” di mana single kali ini menuju ke arah keperibadian Rotan Chippers itu sendiri, sedikit sebanyak memberi nafas baharu dan perbezaan yang jelas tidak seperti lagunya yang sebelum ini yang lebih menjelmakan bunyian Red Hot Chili Peppers dan No Doubt.

 

Jujur saja, mendengarkan lagu ini dari permainan gitar, susunan muzik dan cara sang vokal bekerja seolah-olah melepaskan amarah memandangkan kita sedang dalam tempoh kawalan pergerakan. Namun, kredibiliti Rotan Chippers harus ditingkatkan hingga mampu mencari bunyi-bunyi yang berbeza dan tersendiri.

Selain itu, penulis sebenarnya belum menemukan kejituan dan keunikan yang ada pada lagu ini walaupun pada awal lagu agak menarik permainan intro-nya.

Tidak seperti lagu “Dont Stop” yang lebih bertenaga, riffnya menarik, dan tentunya mengancam jiwa-jiwa yang mendengarnya memandangkan lagu itu juga kuat dipengaruhi RHCP.

Ya, Rotan Chippers ini sebenarnya sangat sama dengan band funk rock sedia ada. Riff gitar berulang-ulang, kadang naik turun, visual-visual psikedelik dan sebagainya. Penulis hampir menemukan hal yang menarik dari karya terbaharu Rotan Chippers ini dan semestinya ia sebuah titik tolak kepada perkembangan muzik mereka.

Apalagi kalau didengarkan secara teliti , perbezaan “Break The Ic”’ dan “Dont Stop” tidak terlalu ketara. Jika mahu kelainan yang maksimal setidaknya perluaskan pengaruh muziknya terlebih dahulu sebagai salah satu langkah mendewasakan Rotan Chippers itu sendiri.

Apa-apapun single kali ini sedikit sebanyak mempelbagaikan agenda Rotan Chippers dalam berkarya. Dan, MAMY sebagai salah satu media bawah tanah berhasrat dan bertujuan untuk menaikkan band-band yang berpotensi ke hadapan.

Jangan lupa sokong Rotan Chippers di acara acara muzik mereka kelak dan ikuti mereka di semua media sosial. Terus sukses!

#Ronnenfelt

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati