⭐⭐⭐⭐⭐
Salah satu album dengan konsep paling matang pada beberapa tahun kebelakangan ini. Titanic Rising merupakan album keempat penyanyi indie Weyes Blood yang dilancarkan pada 5 April 2019 melalui label Subpop.
Melalui album ini, Weyes Blood atau lebih yang dikenali dengan Natalie Mering mengenalkan siapa dirinya. Berbanding dengan tiga album sebelumnya, kali ini Natalie menunjukkan keberaniannya dalam bereksperimen dengan warna muzik yang dia minat sehingga terdengar lebih segar dan menarik.
Pengaruh muzik folk dan pop era 70-an seperti The Carpenters dan Joni Mitchell terdengar sangat kental ditambah dengan suntikan moden dari produser Jonathan Rado. Hasilnya, single pertama “Andromeda” mempunyai nuansa kuat dari The Beatles dan George Harrison namun memiliki susunan muzik yang bervariasi dalam setiap bahagiannya.
Dalam album ini, Natalie mengungkapkan pandangan peribadinya sebagai seorang wanita dalam menghadapi fenomena perubahan iklim dan kesan rumah hijau, percintaan, feminisme, isolasi sosial serta falsafah eksistensialisme.
Stail bernyanyi Natalie juga tidak berubah, masih mempertahankan karakternya yang membuat album ini terasa elegan dan tenang.
Melalui album ini, Natalie berjaya mengangkat nama dia hingga mencapai sebuah kejayaan yang luar biasa dan menjadi salah satu artis yang mempunyai bakat yang patut diberi pujian dan dipandang serius.
Weyes Blood telah mengeluarkan tiga album solo iaitu The Outside Room (2011), The Innocents (2014) dan Front Row Seat to Earth (2017).
Senarai lagu:
1. A Lot’s Gonna Change
2. Andromeda
3. Everyday
4. Something to Believe
5. Titanic Rising
6. Movies
7. Mirror Forever
8. Wild Time
9. Picture Me Better
10. Nearer to Thee