[Video] Saksikan Persembahan The Filters di Audiotree Worldwide

oleh Rahmat Mohd Did
1.1K bacaan

undefined

Setelah penampilan Playburst dan Loch di Audiotree pada bulan Ogos tahun lepas, sekali lagi sebuah band tempatan berjaya menerobos saluran YouTube label independen dari Amerika tersebut.

Dikenali dengan sound math rock dan persembahan langsung yang bertenaga, The Filters mempersembahkan empat buah lagu berdurasi hampir 24 minit yang dirakam pada tahun lepas dengan kerjasama Monolith Films.

Sesi tersebut merupakan kerjasama kreatif antara dua belah pihak di mana The Filters menguruskan hal ehwal audio manakala Monolith Films mengendali aspek visual yang akhirnya melahirkan sebuah pengalaman senggama minda.

Sambil menunggu album perdana mereka siap, kugiran ini mempersembahkan dua buah lagu, BZD dan Planet Platonic dari album tersebut dan dua lagu lagi, Lymph dan Sea Side Serenade akan dirilis dalam projek seterusnya.

Ikuti The Filters di:

Facebook

Instagram

YouTube

Ikuti Monolith Films di:

Instagram

Laman web

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅