Issa, salah seorang dari Lawalah Familia baru sahaja meluncur single pertamanya setelah menjenama semula dirinya daripada KC sebelum ini. Main, yang dirilis bersekali dengan video muzik (MV) rasminya boleh dinikmati di saluran YouTube AIV Motion sejak 26 Jun 2021.
Turut menampilkan Nocout di bahagian korus, lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Issa dalam masa seminggu dan diterbitkan secara bersama dengan Sabbala dan Nocout.
Menurut Issa, Main adalah sebuah naskah yang menyeru semua untuk sentiasa tabah dan terus berjuang dari segi fizikal dan mental mendepani apa jua cabaran, lebih-lebih lagi di saat pandemik ini.
“Setiap daripada kita punya cerita dan masalah sendiri. Terus berjuang selagi masih hidup. Cuba keluar dari zon selesa dan cuba perkara baharu.”
MV Main diarahkan oleh Takeem dan diterbitkan bersama oleh Issan dan Nocout. Takeem dikenali sebagai pengarah yang menghasilkan MV Syamsul Yusof – Senorita yang telah mendapat tontonan lebih 20 juta kali.
Ikuti Issa di: