26 tahun lepas pada tarikh ini (1995) bersempena Hari Kemerdekaan Amerika 4 Julai, Foo Fighters melencarkan album sulung mereka yang seterusnya menempa kelegendaan mereka sebagai band alternatif Rock terulung selepas Nirvana.
Selepas episod sedih Kurt Cobain tembak kepala setahun sebelumnya, Dave Grohl tidak membuang masa dan walaupun masih trauma, beliau merekrut Pat Smear, seorang punk rocker sempoi.
Kombinasi Dave dan Pat Smear sangat menjadi dan lagu-lagu Foo Fighters mempunyai trademark tersendiri hingga hari ini.
Dengan gandingan bekas ahli Sunny Day Real Estate yang lain, Foo Fighters adalah suara intipati rock moden.
Dalam album debut ini, Dave Grohl telah menulis kesemua lagu termasuk merakam kesemua instrumen.
Lagu yang masyhur dalam album ini sudah tentunya Big Me (iklan komersil Mentos), This Is A Call dan I’ll Stick Around.
#ChivasAlexandria