Wolgaja Lancar EP

oleh Rahmat Mohd Did
2.3K bacaan

Dikenali dengan namanya yang unik, Wolgaja akhirnya secara rasmi melancarkan EP self-titled mereka pada 21 januari 2020 dan kini boleh didengari di semua platform digital.

Menurut mereka, Wolgaja berjaya menemui identiti dan bunyi mereka sendiri dan semuanya disematkan ke dalam EP enam lagu ini.

Menggabungkan penulisan lirik bermakna, efek fuzz, permainan gitar psychedelic, drum machine dan kesan bunyi eksperimental, EP ini bakal memberi kepuasan audio yang mengasyikkan kepada penikmat-penikmatnya.

Lebih menarik, segala proses daripada penulisan lagu sehingga mastering dilakukan secara mandiri (DIY) oleh mereka menjadikannya sebuah pengalaman yang berharga dan mereka amat berharap peminat-peminat juga turut sama menghargainya.

Tahniah diucapkan kepada Wolgaja. Sebuah band neo-psychedelia yang amat memahami selok-belok genre sebegini dan perlu diberi perhatian serius oleh pencinta-pencinta muzik alaf baharu.

Senarai lagu EP Wolgaja:

Ikuti mereka di:

Facebook
Instagram
Twitter
YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅