Muka Surat 9 Lancar Lagu Baru Setiap Minggu

oleh Rahmat Mohd Did
1.4K bacaan

Lebih 300 lagu telah ditulis dan akan dilancarkan satu persatu setiap minggu!

Nama mereka mungkin belum dikenali ramai, namun adik-beradik kembar ini sudah membuktikan kreativiti dan kemampuan mereka dengan mempunyai lebih 300 lagu dalam pustaka untuk dilancarkan setiap minggu!

Jenn dan Elle mula menulis lagu bersama sejak sekolah dan pengaruh muzik masing-masing juga amat bervariasi daripada electro-pop hingga pop punk dan dari Hollywood Undead hingga ke Linkin Park. Mereka memproklamasi genre mereka sebagai alternative pop rap untuk memudahkan pendengar mengenali Muka Surat 9.

Apa yang membezakan duo ini dengan artis-artis lain adalah tema atau isu yang diketengahkan melalui lagu-lagu mereka. Menurut Jenn:

“Kami menulis lagu mengenai isu-isu yang enggan dibincangkan oleh orang-orang ketika sebenarnya, isu-isu ini adalah nyata dan sedang membelenggu masyarakat kita seperti masalah pengguguran, penderaan, keluarga yang rosak,depresi, bunuh diri dan lain-lain.”

Selain lagu-lagu Inggeris, Muka Surat 9 juga turut menulis lagu-lagu bahasa Melayu seperti Hilang (dilancarkan pada 9 Januari 2021), Hidup Semula (dilancarkan pada 23 Disember 2020) dan Kau Lengkapiku (bakal dilancar pada 12 Februari 2021).

Menurut mereka, setakat 23 Januari 2021, jumlah pendengar bulanan di Spotify Muka Surat 9 sudah mencecah 13,000 kali dan didengari di 75 buah negara.

Kejayaan terbesar mereka adalah melahirkan album pertama berjudul Inspired By pada tahun 2020 yang mengandungi 10 lagu. Dengarkan di Spotify:

Setelah mendengar lagu-lagu mereka, apa yang boleh penulis katakan adalah, masih banyak ruang untuk diperbaiki Muka Surat 9 di masa hadapan, lebih-lebih lagi di bahagian kawalan suara dan kualiti rakaman. Namun usaha yang ditunjukkan mereka setakat ini adalah amat bagus sekali. Teruskan menulis dan berkarya dan tingkatkan kualiti di setiap keluaran, nescaya kewujudan kalian akan ‘dirasai’ oleh peminat-peminat muzik tempatan suatu hari nanti. Kudos!

Ikuti Muka Surat 9 di:

Facebook

Instagram

Twitter

Spotify

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅