Tonight: Franz Ferdinand (juga dikenali sebagai Tonight) adalah album ketiga dari band indie Scotland, Franz Ferdinand. Dilancarkan hari ini pada 26 Januari 2009 melalui Domino Recording Company, 12 tahun lalu.
Album yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan ini dirakam di bandar Govan, Scotland dan studio Mr. Dan di selatan London. Album ini digambarkan sebagai album konsep berdasarkan pesta malam dan kesan keesokan paginya.
Tonight: Franz Ferdinand juga mempunyai ciri-ciri dance-oriented seperti dance-punk, new wave, dan electropop, genre ini seperti mereka “meninggalkan” bunyi post-punk mereka dalam dua album terawal mereka.
Franz Ferdinand juga mengambil inspirasi mencipta lagu dalam album ini dari dub music dan muzik dari Jamaika dan Afrika ketika rakaman. Kulit album Tonight: Franz Ferdinand turut diinspirasi dari fotograf crime scene era 40’an dan 50’an.
Tonight menerima kritikan yang positif dari pengkritik muzik dan kesan komersial yang bagus, dengan menduduki tangga kedua dalam carta UK Album, tangga kesembilan dalam carta Billboard 200 di US, dan beberapa carta negara lain.
Lima single dilancarkan sebagai promosi album, Lucid Dreams, Ulysses, No You Girls, Can’t Stop Feeling, dan What She Came For. Apa lagu kesukaan kalian dalam album ni?
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #FranzFerdinand #TonightFranzFerdinand #Tonight #AnniversaryAlbum