Dewa 19 Berjaya Meraih 6 Penghargaan Di Anugerah Musik Indonesia 1997 dengan Pendawa Lima

oleh Azam Gilmour
1.5K bacaan

Dewa 19 lancarkan album keempat mereka, Pendawa Lima hari ini pada tahun 1997, diedarkan oleh Aquarius Musikindo di Indonesia. Sehingga hari ini, Pendawa Lima sudah lebih sejuta salinan terjual di Indonesia, dan berjaya mendapat pengesahan Platinum sebanyak 5 kali.

Beberapa pemuzik dan penyanyi latar tambahan seperti Jorg Lehnardt, Lilo KLa, Konich, Oppie Andaresta dan Reza Artamevia turut memberi sumbangan untuk album ini.

Melalui album ini, Dewa 19 berjaya meraih 6 penghargaan di Anugerah Musik Indonesia 1997, iaitu untuk Lagu Alternatif Terbaik, Lagu Terbaik Umum, Duo/Grup Alternatif Terbaik, Album Rhythm & Blues Terbaik dan Sampul Album Terbaik. Album ini melahirkan sejumlah hit di antaranya berjudul “Kirana” dan “Kamulah Satu-Satunya”. Kedua-dua lagu ini berjaya mendapat penghargaan Video Musik Indonesia sebagai Video Klip Favorit.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Dewa19 #Anniversary Album

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅