Bertahan ‘Raja Funfair’, XPDC Kita Peng Yu Rekod Persembahan Awam Terbanyak 2025 (66 ‘show’)

oleh Chiv Iscandar
0 komen 877 bacaan

XPDC Kita Peng Yu terus bergaya mencatat rekod persembahan awam tertinggi bagi genre Rock di Malaysia dengan sejumlah 66 ‘show’ sepanjang tahun 2025.
Ia menggambarkan peningkatan 27% daripada 51 ‘show’ (2024) dan 42 (2023) dalam tempoh 3 tahun yang sekiranya dalam ukuran perniagaan, satu pencapaian dan perolehan yang sangat baik bagi sesuatu entiti.
Negeri Johor mencatatkan jumlah persembahan tertinggi iaitu 12 ‘show’ selain Lembah Kelang (Selangor/KL) manakala bulan paling ‘sibuk’ mereka ialah Mei dan November dengan sekitar 9 ‘show’ sebulan. Beberapa tempat menjalankan persembahan sehingga 3 kali setahun seperti Mydin MITC (Melaka), Pontian (Johor) dan Ipoh, Perak yang menunjukkan fanbase peminat mereka yang melata selain kubu utama Pulau Pinang (Family Rockers Utara).

Berikut ialah senarai antara persembahan-persembahan awam mereka sepanjang tahun 2025 melalui pelbagai acara seperti karnival, festival makanan dan juga program-program melibatkan agensi dan kerajaan negeri serata Malaysia:

5/1 Pengerang, Johor
12/1 Kangar, Perlis
18/1 Mydin MITC, Melaka
24/1 Senawang, NS
2/2 Pesta Pulau Pinang, Penang
8/2 Batu Pahat, Johor
21/2 Kajang, Selangor
23/2 Rompin, Pahang
3/5 Shah Alam, Selangor
4/5 Ampang, KL
12/5 Gerik, Perak
18/5 Tasik Titiwangsa, KL
21/5 Langkawi
24/5 Kuantan, Pahang
24/5 Banting, Selangor
30/5 Port Dickson, NS
31/5 Gopeng, Perak
1/6 Pontian, Johor
3/6 Jitra, Kedah
4/6 Temerloh, Pahang
14/6 Batang Kali, Selangor
22/6 Klang, Selangor
28/6 Kuantan, Pahang
29/6 Pekan, Pahang
5/7 Ipoh, Perak
6/7 Terengganu
12/7 Bukit Mertajam, Penang
19/7 Palong, NS
20/7 Bukit Tinggi, Klang
26/7 Tawau, Sabah (Konsert berbayar)
1/8 Sungai Besar, Selangor
8/8 Manjung, Perak
9/8 MITC, Melaka
10/8 Angsana, Johor Bahru
30/8 Nilai, NS
31/8 Bandar Dato Onn, Johor Bahru
6/9 Batu Gajah, Perak
7/9 Ipoh, Perak
13/9 Mahkota Parade, Melaka
14/9 Pandan Indah, Selangor
15/9 Sungai Besar, Selangor
20/9 Temerloh, Pahang
21/9 Toppen, Johor Bahru
27/9 Panggung Anniversari, KL
3/10 Butterworth, Penang
4/10 BP Mall, Batu Pahat
19/10 Padang Kota Lama, Penang
22/10 Jengka, Pahang
24/10 Bukit Tinggi, Klang
25/10 Port Dickson
26/10 RTC Gopeng, Perak
31/10 Mydin MITC, Melaka
1/11 Stadium Bukit Jalil, KL
2/11 Pontian, Johor
8/11 Bandar Tenggara, Johor
9/11 Bandar Muadzam Syah, Pahang
14/11 SKS Mall Bandar Pengerang, Johor
15/11 Muor, Johor
22/11 Bukit Mertajam, Penang
29/11 Taiping, Perak
30/11 Petaling Jaya, Selangor
6/12 Seremban, NS
7/12 Manjung, Perak
12/12 Pontian, Johor
20/12 Gemas, NS

31/12 Pesta Pulau Pinang, Penang

 

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang pada pencapaian ini. Antaranya:

1) Model & Legasi Arwah Mael
Model operatif XPDC Kita Peng Yu mempunya origin daripada kemunculan di pesta-pesta keramaian dan hiburan awam sejak 90-an lagi. ‘Raja Funfair‘, nama jolokan yang diberi kepada XPDC semasa zaman kemuncaknya menjadi satu legasi.
Ia juga sinonim dengan keberadaan arwah Mael yang dilihat sentiasa dekat bersama masyarakat tanpa jurang artis-peminat atau gaya kehidupan dan legasi ini perlu terus dibawa oleh Zuar, Ary, Jef dan Amy.
Untuk rekod juga, XPDC Kita Peng Yu ialah kumpulan terakhir yang diilhamkan oleh arwah Mael bermula sejak 2015.

2) Kepercayaan pihak penganjur.
Dengan yuran persembahan yang ‘marhaen’, wajar dan berpatutan tanpa memecah nilai pasaran, para penganjur atau pemodal telah meletak kepercayaan kepada XPDC Kita Peng Yu untuk memeriahkan majlis dan menarik kunjungan orang ramai secara fizikal.

3) Faktor Generasi baharu.
Konsert awam Peng Yu juga telah menarik satu segmen generasi baharu terutama Gen Z yang dilihat kelihatan semakin ramai dari semasa ke semasa dan turut meriah dalam aksi konsert. Ini satu pendekatan strategik untuk memastikan ekosistem Rock tanahair terus berkembang dan merentas umur. Kalangan peminat baharu ini juga mungkin belum lahir ketika album Darjah Satu, Timur Barat atau Kita Peng Yu dikeluarkan sekitar 90-an tetapi kini mula mengenal dan mengapresiasi karya-karya XPDC.

Ia mungkin pendekatan berbeza dengan kumpulan-kumpulan ternama dan ‘established’ yang setaraf (walaupun XPDC sendiri ialah Big Four of Malaysian Rock) yang lebih mengutamakan konsert besar berbayar tetapi mungkin mempunyai ruang lingkup pasaran yang statik.

Persoalannya kini dan menjadi polemik ramai ialah, adakah persembahan konsert percuma menjadi ukuran kejayaan sesebuah band? Namun, ia terpulang kepada pendekatan dan strategi setiap kumpulan dalam menentukan status dan visi masing-masing.
Sebagai perbandingan, XPDC Militia (Izo) lebih menempa konsert-konsert yang berskala besar seperti ‘Metalkestra’ di Zepp, KL manakala Real XPDC di bawah label ‘tribute band’ juga telah mula menunjukkan taring dengan kemunculan di festival-festival makanan serata tempat.

Untuk bercerita tentang kemelut XPDC yang berlaku kini mungkin memerlukan saluran pembentangan lain yang lebih terbuka, namun cukup jika dikatakan segalanya bermula selepas pemergian arwah Mael, vokalis Kita Peng Yu pada tahun 2023 yang menyebabkan ‘spin-off‘ atau pengaktifan semula bukan 2 tetapi 3 penjuru! Ia terus berlarutan sehingga mewujudkan naratif baharu sekarang iaitu persaingan merebut siapa yang paling layak menggunakan nama XPDC.
Bagaimana kematian seorang ikon besar, arwah Mael telah mencetus pertembungan paling epik dalam muzik Rock Melayu tanahair. Ia akan menjadi satu rumusan yang agak panjang namun selepas 25 tahun milenium dan menjelang era hadapan, kita akan melihat obor yang terus menyala dalam perjuangan muzik XPDC – nama yang membawa reputasi dan kemasyhuran.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅