Agresif. Itulah kata yang paling tepat buat Crazy Grizzly dengan kembalinya mereka dalam single The Seven Sleepers yang lebih berketerampilan dan diwarnai perubahan formasi band. Lagu baru ini menawarkan bunyi yang lebih segar buat pendengar dan telah dilancarkan pada 26 Mac 2021 di saluran YouTube Freshtown Records. Sebelum ini, mereka telah melancarkan single Phoenix dan kedua-dua lagu ini dipetik dari album yang akan datang iaitu Tergiversate.

Crazy Grizzly dari kiri: Ewan, Ayep, Zarif, Yen, Marzuki
Ceritera lirikal The Seven Sleepers diambil daripada petikan Surah Al-Kahfi yang mengisahkan tentang peringatan mengenai kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman kelak. Lagu ini diolah ketika situasi pandemik melanda dunia justeru mengingatkan penulis mengenai peringatan yang telah tertulis di dalam surah tersebut.
Penulisan lagu dijalankan secara maya bersama ahli kumpulan yang lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung. Proses rakaman dilaksanakan di Spunkdok @ Lotus HQ juga dilakukan dengan modus operandi yang sama. Namun proses adunan dan mastering dilakukan oleh saudara Ricky Aprianto dari Rostelle Records di Indonesia.
Video muzik ini telah dirakamkan secara “DIY” oleh Spunkdok @ Lotus HQ dengan menggunakan kaedah penggunaan layar hijau dan kesan khas serta segala produksi video muzik ini diusahakan oleh saudara Amir Hamzah dari Spunkdok.
Kami dari Music Addicts Malaysia mengucapkan tahniah buat Crazy Grizzly dan tidak sabar rasanya menanti kehadiran album baru kalian. Adios!!!
Ikuti Crazy Grizzly di:
Facebook
Twitter
Instagram
Spotify