MGK X Travis Barker Terus Buat Pakatan Jahat Punk Rock (A Girl Like You – Edwyn Collyns)

oleh Chiv Iscandar
1.3K bacaan

Bekas rapper yang kini menjadi Punk Rocker sepenuh masa, MGK terus gah membawa pakatan sulit punk rock dengan kolaborasi muzikal bersama Travis Barker.

Kali ini, mereka tampil membuat lagu bagi siri drama terbaru keluaran Amazon ‘Paradise City’ dengan mengadaptasi semula lagu lama soundtrack ‘Empire Record’, A Girl Like You nyanyian Edwyn Collins.

Dalam teaser tersebut, jelas kedengaran lagu tema ‘A Girl like You’ dengan vokal MGK yang sangat ‘dark’ dan penuh bermisteri.

Paradise City dikatakan filem tentang gaya kehidupan bintang rock dengan aksi ‘occult‘ yang turut menampilkan vokalis Black Veil Bride, Andy Black dan gitaris Asking Alexandria, Ben Bruce. Antara tagline siri itu ialah ‘Rock and roll is where god and the devil shake hands’.

‘A Girl Like You’ ialah lagu tema filem ‘cult’ tentang sekumpulan kawan yang bekerja di kedai rekod, ‘Empire Records’. Lagu asal Edwyn yang berasal dari Scotland lebih berunsurkan pop ala 60-an berbanding versi MGK X Travis Barker ini.

MGK telah banyak kali muncul bersama Travis, bekas drummer punk rock Blink 182 seperti video ‘Killing In The Name Of’ bersempena Black Lives Matters manakala Travis ialah produser bagi album terbaru MGK, Downfall pada tahun lepas.

Dengan material terbaru ini, jelas pakatan punk rock mereka akan terus mendominasi hiburan antarabangsa pada masa depan.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅