MIM: Tutup Kalam – Persembahan Audio-Visual Terakhir ‘Runut Dalam Jeda’

oleh Rahmat Mohd Did
1.3K bacaan

Tarikh: 3 April 2021

Lokasi: Stesen Seni, Damansara Perdana (Waze: Kafe Sarawak Damansara Perdana)

Masa: 9PM – 11PM

40 pax sahaja

RM 30 Normal

RM 25 untuk Secret Society

(Sila sertakan screenshot keahlian anda)

Beli tiket di wasap.my/60134708151 atau klik link di bio MIM

Pengangkutan awam berhanpiran: MRT Curve

Persembahan pembukaan oleh: Saskia

Anjuran: Stesen Seni

Media rasmi: Music Addicts Malaysia

Setelah hampir satu tahun pelancaran EP Runut Dalam Jeda, Tutup Kalam adalah sebuah persembahan terakhir daripada MIM dalam membawakan lagu-lagu daripada rilisan tersebut.

Berlangsung selama 1 jam 30 minit, penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu Runut Dalam Jeda dan dalam pada masa yang sama, mereka bakal membawakan lagu-lagu baru daripada rilisan mereka yang seterusnya buat pertama kali.

Hadirin Tutup Kalam juga bakal menyaksikan perubahan terkini ahli kumpulan MIM, yang turut membawa kepada perubahan sonik dalam muzik mereka; dimana MIM kini mempunyai nyanyian vokal dan susunan muzik yang lebih pelbagai berbanding sebelumnya.

Dapatkan tiket anda sekarang kerana tempat terhad kepada 40 orang sahaja. Nikmati pengalaman audio-visual yang tiada tanding tara ini di hadapan mata sendiri!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅