Depresi Tawanan Perang

oleh Uzai
1.3K bacaan

Nemesys membuka tirai single baharu mereka, Vermilion dengan guitar lines yang ringkas berserta bunyian pad yang diacu ke kiri dan kanan. Seraya verse pertama, minda aku terus teringatkan suara vokalis utama Avenged Sevenfold iaitu M. Shadows. Ternyata itu adalah suara vokalis Nemesys sendiri iaitu Amirul yang penuh kejantanan dan menggelegak testosterone. Cuma pronounciationnya agak kurang jelas kedengaran, rupanya bila aku baca lirik lagunya ada choices of words yang memerlukan aku untuk membuka kamus. Contohnya seperti perkataan “thrombocytes” yang berkaitan dengan perihal sel-sel darah.

Ditemani petikan gitar yang mellow, susunan irama Nemesys agak mudah dan tidak sekompleks lagu-lagu mereka sebelum ini. Sedikit elemen ambient, reverb dan twangy diselitkan pada awal lagu. Masuk saja part chorus, sound keseluruhan lagu menjadi lebih padat dan full. Pada minit ke 1.33, elemen rap disuntik masuk dengan kehadiran vokal Ashes. Rap flow beliau harus diberikan kredit kerana menurut aku memang stylo dan sangat fit dengan lagu-lagu rock moden. Bunyian strings yang hadir menarik perhatian aku dan pastinya mampu membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya terasa emosional dan diinzalkan lagi dengan solo gitar daripada vokalis Nemesys itu sendiri.

Vermillion mungkin kedengaran agak janggal  kepada yang pernah mendengar karya-karya mereka sebelum ini yang sarat dengan acuan genre heavy metal dan suntikan progressive rock apabila mendengar single baharu mereka ini yang lebih tertumpu kepada modern heavy rock. Jadi, aku sempat bertanya beberapa soalan kepada pemain dram kumpulan Nemesys iaitu Kimi untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses penulisan naskah terbaharu mereka ini.

MAMY: “Lagu Vermilion ini menceritakan tentang apa?”

Oh, cerita tentang salah satu point of view seorang prisoner of war, tentang askar yang sedang berjuang melawan mental dillema yang dialami..”

MAMY: “Kenapa korang memilih untuk tak meneruskan sound lama seperti dua single sebelum ini?”

 “Sejak daripada dua single sebelum ni, kitorang dah banyak evolve, masing-masing banyak terdedah dengan pengalaman baru, maybe jugak sebab sound progressive rock ni to certain extent dah jadi macam syok sendiri pulak, hehe..”

MAMY: “Kenapa pula syok sendiri? Boleh huraikan?”

“Haha camne eh nak hurai? Senang cerita kami nak pergi ke arah yang lebih easy listening lah..”

MAMY: “Adakah next material korang akan terus menggunakan sound sebegini atau ada lagi sound lain yang korang simpan lagi?”

For now, lagi 4-5 track kitorang akan kekalkan sound profile macam ni, tapi kitorang ada je banyak lagi sound tak release lagi, but for now yes sound macam ni dulu..”

Karya mereka kali ini boleh juga dijadikan tribute kepada sesiapa yang sedang struggle dalam kehidupan dan tekanan emosi yang dihadapi seharian. Dalam Vermilion, arrangement mereka memang ada dinamikanya yang unik di mana ada bahagian slow dan ada bahagian yang memang all out terutamanya part outro di mana semua vokal dan instrumen digarap dengan baik bagi menutup lagu. Sebelum guitar solo, aku merasa sedikit patriotik apabila ada ketukan dram yang berbunyi seperti military marching yang diiringi sekali lagi dengan strings. Cuma maybe aku mengharap adanya diselitkan sedikit breakdown. Haha.

Bagi production wise pula, aku mengucapkan syabas kepada Amirul kerana berani dan berjaya mengadun lagu ini dengan sangat baik. Well mixed and mastered. Bunyian strings dan piano juga menambah lagi perisa dalam hala tuju baharu Nemesys kini. Boleh dikatakan layak untuk ke persada antarabangsa dan mereka juga berharap agar Vermilion dapat memecahkan skeptikal pendengar Malaysia bahawa band lokal juga mampu menghasilkan produk yang terbaik. Nemesys ingin highlightkan bahawa mereka teruja dapat menghasilkan music video yang pertama. Boleh jemput tonton hasil seni dan kerjasama Nemesys dengan pelajar ASWARA di Youtube.

Aku berharap agar banyak lagi band seperti ini muncul dalam kalangan anak muda agar genre seperti ini tidak hilang di dalam scene muzik Malaysia.

Ikuti Nemesys di:

Facebook

Instagram

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅