Kembalinya Alternative Rock Di Bawah Satu Bumbung

Roll it Back di Studio Angguk bersama 3 Kugiran Cemerlang

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.2K bacaan

Lama tak mendengar khabar tiga kugiran rock alternatif iaitu Here Comes July, Kabus dan ARQ. Aku sebenarnya menanti bila mereka akan kembali membuat persembahan dan kali ini mereka telah menganjurkan sebuah acara melibatkan ketiga-tiga unit ini di Studio Angguk, Ara Damansara pada 25 November 2023.

Bermula jam 8:00 malam, acara ini telah dihadiri sekitar 80 penonton dan kesemuanya merupakan peminat dan pendengar setia ketiga-tiga kugiran ini. Aku agak teruja kerana dah lama tidak menghadiri acara sebegini dan mempunyai ramai penonton. Selalunya acara sebegini tidak akan melebihi 50 orang lagi-lagi melibatkan rock alternatif. Maknanya genre ini masih cuba untuk bangkit semula dari tidur setelah sekian lama.

Dimulakan dengan ARQ, sebuah unit yang penuh dengan elemen rock circa 2005-2010 dan aku disajikan dengan lagu mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Band ini harus diberi perhatian lebih kerana elemen moden dan cara mereka membuat persembahan.

Malam itu kitorang rasa macam semua band bagi 110%. Mmg penuh semangat penuh dedikasi. Kami pernah beraksi dengan Kabus dulu – tapi semalam macam ada nafas baru. Penuh energy! Ini first kami perform dgn HCJ – Wah! Quality tuuuu. Sound yang amat balance. Band yang sangat tight. Kami dari ARQ mmg terharu dapat perform dengan kedua2 band ni. Bagi kami, sudah lama tak ke Angguk so kitorang memang enjoy – all out! Dgn lagu baru No Regrets. Alhamdulillah semua orang enjoy semalam. Harap kita bertiga band boleh beraksi bersama lagi

Acara kemudiannya diteruskan oleh kugiran Kabus. Kali terakhir mereka membuat persembahan adalah pada bulan Mei yang lalu. Menurut Fadhil sebagai vokalis, mereka dah lama tidak beraksi sebab fokus dengan proses rakaman album dan ternyata mereka tidak mengecewakan dalam persembahan ini.

So, after perform tu rasa puas gila, rasa lepas gian sekian lama tersimpan dan best, lagi-lagi malam tu adalah first debut untuk gitaris baru kitorang iaitu Darwisy daripada band (Judos) yang telah direkrut oleh Ejen Aqmalshah, dengan masa seminggu dan dua kali jamming je, dia dapat study and perform macam dah lama dengan kitorang and yeah overall best la.

Kugiran penutup pada malam itu semestinya Here Comes July. Sebuah kugiran yang penuh dengan kacak dari segi rupa dan permainan instrumen. Sejujurnya aku mengharapkan mereka telah mengeluarkan album atau EP kerana mereka ini merupakan permata yang bersinar sejak single mereka “Juwita” dilancarkan. Namun entah mengapa mereka suram seketika dan tidak menyertai acara besar. Namun tidak mengapa kerana mereka telah kembali dan menyinari skena muzik bawah tanah.

Perasaan lepas show bagi kita orang adalah nak main show lagi! Sebab kita dah lama tak main show, and kita suka main show. So, gig semalam menunjukkan persembahan ‘raw sound of HCJ’ dan amat sesuai dengan underground gig vibe. Sangat teruja untuk main lebih banyak show lepas ini dan untuk kongsikan lagu kami kepada semua yang minat HCJ.

Akhir kata, acara ini telah dilaksanakan dengan cemerlang dan harus dicontohi oleh kugiran lain kerana mereka melakukan acara ini menggunakan duit poket mereka dan semestinya usaha mereka membuahkan hasil. Semoga kita bertemu lagi.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅