Selepas single “Cermin” mendapat tempat di hati pendengar, Mira Hatta meneruskan momentum dengan single kedua berjudul “Senandung Kasmaran” yang telah diluncur pada 11 November 2023 di saluran YouTube Blitzkrieg Records.
Sebelum ini, aku telah membuat liputan untuk single pertamanya dan berpendapat beliau harus melakukan sesuatu yang lebih unik untuk rilisan seterusnya dan ternyata Mira Hatta telah berjaya melakukan banyak perubahan kali ini.
Kami melihat Mira Hatta adalah penyanyi yang versatile, dengan pengalaman yang Mira Hatta ada, kami percaya apa pun lagu yang beliau nyanyikan, beliau dapat menyampaikannya dengan baik. Bagi kami lagu Senandung Kasmaran ini dapat menyerlahkan lagi keunikan suara beliau. – Blitzkrieg Records-
“Senandung Kasmaran” diilhamkan daripada perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap seseorang, namun individu tersebut tidak pernah menyedari kehadiran cinta itu. Walaupun demikian, dia yakin bahawa itu adalah kasih sayang sejatinya walaupun hanya wujud dalam lamunan dan khayalannya sahaja. Menurut Mira Hatta:
[se.nan.dung] yg dinyanyi-kan perlahan-lahan) untuk menghiburkan hati sendiri [kas.ma.ran] kata asal dari [as.ma.ra] bermaksud mabuk cinta, gila.
Jika dilihat dari sudut susunan lagu, kali ini Mira Hatta bermain dengan elemen pop jazz persis lounge dan aku membayangkan sedang berada di dalam kelab malam “Silver Tortoise” sambil melayan muzik sebegini. Walaupun lagu ini tampak simple, namun mesej yang cuba disampaikan sangat mendalam ditambah pula dengan alunan vokal Mira yang matang dan penuh emosi. Teruk betul masalah cinta dan rindu ni…
Kami ingin mempersembahkan karya yang unik untuk setiap rilisan kami. Sudah pasti kami ingin menunjukkan bahawa dunia komposisi itu luas, dan kami ingin setiap lagu kami berbeza dari lagu-lagu yang pernah kami rilis sebelum ini. Dan apabila kami kumpulkan bersama dalam sebuah album yang bakal kami rilis kelak, ianya akan menjadi komposisi yang indah & bervariasi. – Blitzkrieg Records-
Single ini juga apabila diamati secara mendalam, aku melihat kesungguhan Mira Hatta dalam bermuzik dan beliau telah keluar dari zon selesa berbanding single sebelum ini. Cuma sedikit peringatan bahawa minit lagu juga memberi peranan yang sangat penting. Aku berpendapat jika lagu ini dipendekkan sedikit mungkin akan mendapat perhatian yang lebih daripada pihak radio komersial.
Tahniah Mira Hatta atas pelancaran single kedua ini. Semoga dapat diteruskan momentum seperti ini.
Ikuti perkembahan Mira Hatta di: