Kumpulan rock era awal 2000-an, Giegiel akan kembali muncul di aksi pentas bersama Dr Kronik dalam konsert ‘Jerat Buragas‘ pada Sabtu, 6hb September 2025 di Warisan Hall, Sijangkang Selangor jam 9.00 malam.
Giegiel pernah menempa nama dalam industri muzik tempatan dengan lagu ‘Cahaya‘ dan ‘Mencari‘ (duet bersama artia muslimah, Waheeda). Melalui 2 album, Giegiel adalah kumpulan yang masih terus aktif bertahan dengan frontman vokalis/gitaris, Ejam yang juga merupakan adik kepada vokalis SYJ, Alang. Antara yang pernah menganggotai Giegiel sewaktu kemuncaknya ialah Jef, gitaris XPDC Kita Peng Yu.
Manakala Dr Kronik pula muncul pada tahun 2000 di bawah naungan KRU Records dan popular dengan lagu Hidup-Hidup Dibakar, Buragas dan Fanatik (KRU).
Kedua-dua kumpulan boleh dikatakan representasi genre rock milenium yang mempunyai kacukan Metal arus moden tetapi masih mengekalkan aura Rock Kapak 80-an yang sinonim dengan halwa telinga tempatan.
Perancangan bagi single terbaru oleh kedua-dua band kini dalam proses dan para peminat pastinya berharap agar kemunculan ‘come back‘ mereka dapat mewarnai arena muzik masakini setelah lebih 20 tahun.
Tiket-tiket berharga RM90.00 boleh didapati melalui laman web My Ticket Empire atau pintu masuk.
#ChivasAlexandria