Rpgio – Aksi Rock Tamil Malaysia Pernah Iring Cromok & Amuk

oleh Chiv Iscandar
0 komen 1.1K bacaan

Rockers berbangsa Tamil di Malaysia mempunyai kelompok yang tersendiri. Sejak era 80-an telah wujud band-band rock dan anggota daripada etnik Tamil seperti Metalian, Kashmir Stone dan beberapa lagi.

Terbaru ialah kumpulan Rpgio yang disertai oleh 5 pemuda rockers berbangsa Tamil berasal dari Shah Alam.
Terdiri daripada John Zi (Vokal), Dhieran (gitar), Nemo (bass), Mohan Joel (drum) dan Francis mereka sebenarnya telah bermula sejak 2003 lagi yang diasaskan K Mogan yang kini menjadi pengurus mereka.

Memaikan kombinasi antara Rock dan Thrash Metal, mereka telah muncul sebagai pembuka tirai semasa konsert Kasi Gegar mengiringi Amuk dan Cromok di N9 Arena, Nilai baru-baru ini pada 26/5/2025. Mereka membawa set persembahan bertenaga untuk memanaskan badan penonton sebelum Amuk dengan lagu cover seperti ‘Penasaran’ dan beberapa karya mereka sendiri.

Mereka juga telah berganding dengan lagenda Sam Cromok dalam satu karya mereka, Varudhu Metal.

Seperti kita maklum, kebanyakan orang Tamil di Malaysia sangat fasih berbahasa Melayu dan Rpgio membuktikan keupayaan mereka pada malam konsert Amuk-Cromok tersebut.

Dengan adanya band rock seperti Rpgio, ia membuktikan Rock ialah muzik yang merentas kaum dan semua rockers dapat bersama-sama berhenjut tanpa peduli bangsa dan warna kulit.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang Rpgio, boleh hubungi pengurus mereka K Mogan (016-3786599).

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅