2 Wakil MAMY Beraksi Dalam Ipoh Music Symposium (IMS2021): Nusantara

oleh Chiv Iscandar
2.2K bacaan

2 wakil MAMY akan beraksi dalam Ipoh Music Symposium (IMS 2021) yang dijadualkan mulai esok, Sabtu 2hb Oktober dan Ahad 3hb Oktober 2021 secara online. Berkonsepkan festival idea, simposium kali ini julung-julung kalinya membawa tema Nusantara dan boleh diikuti di laman FB rasmi Ipoh Music Symposium dan PORT Ipoh.

Menampilkan pelbagai personaliti dan pakar dalam bidang berkenaan antaranya komposer ternama Manan Ngah, Azam Dungun, Dollah Gambus, Dr Raja Iskandar Halid, Dr Nadia Widyawati, Eddin Khoo, Shafa’atussara Silahuddin, Aris Setyawan dan lain-lain, ia akan membawakan sesi-sesi pembentangan yang mengandungi banyak topik menarik untuk wacana umum.

2 wakil Music Addicts Malaysia (MAMY) juga akan tampil dan bersama memeriahkan majlis.

Rahmat MAMY

Pengasas dan ketua editor, Rahmat MAMY akan muncul sebagai moderator bagi sesi ke-5 ‘Analisis Karya’ pada Ahad, 3hb Oktober bersama Prof Azam Dungun, Jamal Raslan, Hairul Anuar Harun dan Muhamad Farid Rahman.

Chiv Iscandar

Manakala jurnalis-editor, Chiv Iscandar (#ChivasAlexandria) akan menjadi pembentang bagi topik ‘Evolusi Sentuhan Nusantara Dalam Aliran Rock Moden Tanahair’ (sesi ke-4 ‘Bunyian Alternatif & Politik’, Sabtu 3hb Okt, mulai 5 petang). Ia akan turut menampilkan ranking sentuhan Nusantara terbaik dalam Rock Moden dengan beberapa nama seperti DISH, SOG dan sebagainya.

IMS2021 merupakan inisiatif yang sangat hebat dengan tema tahunan yang meneroka konten muzikal secara ilmiah. Tahun lepas mereka membawakan tema Rock Kapak yamg terus menjadi rujukan ilmiah penting. Tahniah kepada pihak penganjur PORT Ipoh dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

Anda boleh bersama mengikuti semua sesi yang akan dilangsungkan sambil berpeluang berkongsi pendapat dan komen menerusi FB rasmi ini: https://www.facebook.com/IMS2021/

Acara kemuncak ialah Konsert NUSANTARA yang akan menampilkan persembahan istimewa daripada barisan artis termasuk pelopor muzik Nusantara seperti Dato’ M. Nasir, Sada Borneo, Margasatwa, Herry & Alang (Luhiew Renaweij), Kumpulan Selendang Perak, Space Gambus Experiment & Adiguru Che Mat Jusoh, Raksar dan Ondo Handpan, iaitu pada esok malam, Sabtu 2hb Oktober 2021 jam 9.00 malam.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅