7 Gitaris Hebat Bakal Beraksi Dalam Konsert Tujuh Vibrato Gitar November Ini

oleh Music Addicts Malaysia
2.2K bacaan

 

TUJUH VIBRATO GITAR akan dipersembahkan di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023. Konsert ini bakal menampilkan tujuh orang gitaris iaitu Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza dan Anis Kalisa. Mereka akan diiringi oleh para pemuzik profesional sebagai house band iaitu Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboards) dan Ainoll (drums) manakala para penyanyi latar profesional bagi mewarnai vokal adalah Izzat dan Baby.

Tiga orang penyanyi berkarisma juga akan ditampilkan sebagai sebagai vokalis utama. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu rock klasik dan kontemporari daripada himpunan karya hebat berkaitan dengan tujuh orang gitaris tersebut.

Konsert ini pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat TUJUH (7) orang gitaris tersebut, juga tiga orang vokalis utama yang akan ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi daripada mana mana persembahan sebelum ini.

 

TUJUH VIBRATO GITAR dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai penganjur bersama. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com.

“Bagi pihak penganjur, Big Stage Entertainment Channel, kami rasa terpanggil untuk menyajikan sebuah persembahan hebat khas untuk para peminat muzik rock khususnya gitar, kerana belum ada lagi mana mana persembahan yang mengumpulkan barisan TUJUH(7) orang pemain gitar handalan negara di atas satu pentas.

 

Diharapkan para peminat muzik rock dapat hadir beramai ramai menyaksikan konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ yang julung kali akan diadakan. Nantikan dan rasailah sendiri pengalaman menonton konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023, jam 8.30 malam.”

Dalam satu kenyataan media, pihak penganjur menerangkan angka tujuh dipilih kerana ia merupakan nombor keramat yang melambangkan Do Re Mi Fa Sol La Ti.


INFORMASI

KONSERT : TUJUH VIBRATO GITAR
LOKASI : ZEPP, KUALA LUMPUR CITY CENTRE
TARIKH : 3 NOVEMBER 2023
MASA : 8.30 MALAM
PENGANJUR : BIG STAGE ENTERTAINMENT CHANNEL
PENGANJUR BERSAMA : ANGGERIK EVENT SDN BHD
TIKET
AGEN TIKET : www.tix-box.com
HARGA TIKET : Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00
Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00
Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00
Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM5,000.00

MEDIA SOSIAL
Facebook:
TUJUH VIBRATO GITAR
TikTok
@tujuhvibratogitar
Instagram
@tujuhvibratogitar
X
@tujuhvibrato

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅