Penulis: Uzai
Bertempat di MMU Cyberjaya, acara yang telah berlangsung pada 8 September 2023 ini dianjurkan oleh sekumpulan kecil anak-anak muda daripada komuniti Renung Kasut yang ingin membawa ombak shoegaze movement di dalam Malaysia serta mengembangkan lagi komuniti sedia ada. Rata-rata hadirin yang hadir berumur 20an dan pelajar-pelajar universiti itu sendiri. Crowd yang hadir berfesyenkan grunge dan juga 2000s aesthetic.
Dibarisi oleh band-band lokal baru seperti Drown, Glazed Tempura, Futura, Fictions, The Worlds End With You dan Rainbow Smile, gig ini ada audience mereka yang tersendiri.
Hanya selepas pukul 8.30pm, gig ini dimulai dengan persembahan oleh kugiran Drown. Agak janggal kerana pentas tidak terlihat dan sesiapa yang hadir harus betul-betul berdiri di hadapan stage itu sendiri kerana tiada platform. Menariknya, ada sentuhan projector berwarna kehijau-hijauan dan memberi special effects menunjukkan bayang-bayang performers yang sedang berpanggung. Sempat juga aku bertanya pada salah seorang gig crew iaitu Ali, mengapa diadakan pentas sebegitu, jawab beliau, “…macam art beratlah hehe.” Aku terus melayan persembahan Drown yang membawa lagu-lagu mereka dan ada satu lagu cover dari Radiohead iaitu Fake Plastic Tree.
Selepas itu, gig diteruskan dengan band Glazed Tempura yang membawa semua lagu-lagu cover daripada band-band seperti The Strokes dan No Vacation. Agak sedikit ralat apabila mikrofon mulai tidak berbunyi di pertengahan persembahan mereka dan juga playstyle mereka yang agak tidak kemas. Mungkin mereka ada alasan tersendiri. Apapun, crowd yang hadir betul-betul memberi sokongan padu kepada band ini dengan singalong dan melakukan crowdsurf ketika mereka perform. Fictions pula mengambil alih pentas dengan membawakan lagu-lagu original mereka sendiri yang berbunyi ala-ala midwest emo dan juga sedikit shoegaze. Walaupun isu mikrofon tetap juga berlaku, permainan mereka sangat rapi dan bunyi-bunyian daripada instrumen mereka memang enjoyable. Nota tepi: gaya salah seorang gitaris mereka seakan-akan gitaris Title Fight iaitu Jamie Rhoden. Haha.
Renung Kasut 1 dilanjutkan dengan persembahan band seterusnya iaitu Futura yang membawa lagu-lagu cover seperti Deftones. Attitude yang mantap daripada vokalis mereka menaikkan kembali semangat penonton yang hadir dengan penguasaan pentas yang baik. The World Ends With You pula berpanggung selepas itu dengan menampilkan tiga gitaris dan lantai pentas dipenuhi dengan effect pedals yang pelbagai. Lagu-lagu yang mereka bawakan seperti ada pengaruh band-band shoegaze iaitu Glare, Ovlov dan mungkin juga Whirr. Sempat juga aku mendengar ada yang menjerit, “Ini baru shoegaze!” semasa mereka berpentas. Lebih mencuit hati aku apabila mereka membuka salah satu kasut mereka dan mengangkat kasut itu ke udara sambil headbang kepada band tersebut.
Mungkin kerana acara sudahpun menghampiri jam 12 tengah malam, crowd mula meninggalkan dewan gig itu tetapi tetap juga diakhiri dengan persembahan daripada band Rainbow Smile. Mereka membawa lagu-lagu yang bergenre neo-psychedlic dan juga indie rock. Audience yang masih ada di situ masih lagi bersemangat dengan turut sing along dan menari sewaktu persembahan band Rainbow Smile. Aku sempat menemuramah band ini kerana bagi pendapat aku mereka sudahpun ada material yang cukup menarik untuk dipertonton dan diperdengarkan. Di bawah ini ada sedikit sebanyak temuramah tersebut.
Q: “Setelah lama hiatus dengan shows walaupun sudah merilis banyak material, adakah selepas Renung Kasut 1 ni korang akan terus memperbanyakkan lagi live performance atau bagaimana?“
A: “Tengok kepada keadaan, tapi kalau ada orang invite tu, kitorang pergi jelah.“
Q: “Apa next plan korang, adakah korang akan terus push lagu-lagu sedia ada, atau ada rancangan untuk membikin material baru?“
A: “Inshaa Allah, kitorang tengah rekod first album yang kitorang jangka akan siap pada tahun 2025.“
Q: “First EP korang sangat berat dengan elemen neo-psychedelic, jadi apa pula elemen baru yang dapat dijangka akan ada pada album baru Rainbow Smile?“
A: “Nak pergi ke arah rock la, sebab Rainbow Smile takde bunyi-bunyi overdrive dengan distortion tu haha..“
Q: “Macam mana boleh tahu tentang Renung Kasut ni?“
A: “Oh kitorang diinvite oleh Kal lepas dia tengok salah satu IG story Rainbow Smile..“
Sedikit sebanyak itulah yang aku sempat tanyakan pada vokalis band Rainbow Smile iaitu Raszeek. Penutup bagi pengalaman aku yang menghadiri gig Renung Kasut ini, harapan aku agar dapat diperbaiki lagi isu-isu pengurusan dan teknikal yang ada pada event ini. Moga lebih banyak gig dan movement seperti ini diadakan untuk mengembangkan lagi bakat-bakat baru yang akan dilapisi oleh anak anak muda Malaysia. Semangat tu dah ada, kasi mantap lagi guys!