Ini adalah satu baris yang terdapat dalam lagu Malay Hood di mana Bearboi cuba mengetengahkan dan menekankan bahawa kita tak seharusnya “melayu.” Kita sepatutnya di tahun 2021 ini telah pun maju dan mekar. Sebab itulah penekanan baris ini amat relevan untuk suasana yang kita semua rasa dalam kehidupan norma baru ini. Kebanyakkan Melayu masih “melayu” dengan terma Janji Melayu seperti contoh yang disebutkan dalam lagu ini apabila Payday iaitu hari di mana kita menerima gaji. Pada kebiasaanya, sesetengah majikan akan lengahkan bayaran kepada pekerja. Betul tak?
Dan ini lagi satu yang memang selalu kita semua rasa iaitu Kata “OTW” tapi langsung tak nampak muka. Biasalah kan, kena sidai.
Lagu ini dikatakan “From KL to JB” kerana ia melibatkan Rapper dari KL iaitu Exactesy, Klang iaitu Highlan, BearBoi daripada Muar dan Eden daripada Batu Pahat.
Lagu ini dirilis di saluran YouTube BearBoi pada 12 Januari 2021 dan dipersembahkan oleh keempat-empat Rapper ini tadi dengan cara masing-masing daripada segi penulisan, flow dan juga delivery.