Exists PREMIUM LIVE @ PJ Ditunda ke 20 Disember 2025

JioBuddy Persembahkan Pesona Mewah Karya Exists

oleh Music Addicts Malaysia
0 komen 556 bacaan

Konsert terbaharu Exists yang diberi nama EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ, pada mulanya dijadualkan berlangsung 4 Oktober ini, telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 20 Disember 2025 di JioSpace, Petaling Jaya.

Keputusan ini dicapai hasil perbincangan bersama Exists dan penganjur JioBuddy, selepas menilai pelbagai aspek teknikal demi memastikan persembahan berskala besar itu benar-benar memenuhi piawaian “premium” yang dijanjikan.


Komitmen Exists: Momen Mewah Buat Peminat

Anggota Exists — Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad — melihat penundaan ini bukan sebagai halangan, sebaliknya peluang untuk menggilap segala aspek teknikal, audio, serta penyusunan persembahan agar tampil luar biasa.

Along berkata, “Tarikh baharu ini beri ruang untuk kami perkemas semuanya. Exists sentiasa utamakan kualiti dan menghargai setiap sen yang dilaburkan peminat. Kami mahu pesona mewah yang disampaikan menjadi kenangan yang takkan dilupakan.”

Musa menambah, “Kami mahu peminat benar-benar merindui dan menantikan konsert ini sebagai pesta menikmati karya premium Exists.”


Visi JioBuddy: Bukan Sekadar Konsert Biasa

Pengarah JioBuddy, Sean Ng menegaskan konsert ini bakal menutup tirai tahun Exists dengan penuh gemilang.
“EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ bukan sekadar sebuah lagi persembahan pentas. Ia akan bersifat premium dari segi permainan muzik, kualiti audio dan pengalaman intim bersama peminat. Kami mahu setiap yang hadir rasa istimewa dari awal hingga akhir,” katanya.


Tiket dan Maklumat Penting

100 peminat bertuah turut bakal berpeluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota Exists.

Kategori tiket:

  • Premium – RM588

  • VIP – RM488

  • Diamond – RM368

Pembelian tiket: www.jiotix.asia

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅