Francesca Peter memukau ribuan penonton dalam konsert Ipoh Music Symposium (IMS) yang berlangsung pada 7hb Oktober 2023 lepas di Ipoh Convention Centre, Perak. Konsert yang diadakan bersempena Ipoh Music Symposium bertemakan muzik Pop Malaysia 80-an: Meraikan Kepelbagaian sepanjang 6-8 Oktober lepas turut dimeriahkan dengan persembahan lagemda era 80-an iaitu Atai, kumpulan Headwind, Alleycats dan Blues Gang.
Francesca atau Fran hanya mempersembahkan 2 lagu (Aku Hanya Pendatang dan Sekadar di Pinggiran) tetapi sudah cukup memukau para hadirin dengan lontaran vokal yang hebat dan bertaraf dunia. Fran membuktikan kelagendaan beliau hampir 50 tahun karier nyanyian dalam konsert itu dan pastinya, ia membawa nostalgia kepada rata-rata penonton.
Visual persembahan Fran IMS 2023:
Atai, anak saudara penyanyi Sudirman terdahulu memulakan konsert dengan lagu Hujan dan medley Warisan-Merisik Khabar. Beliau masih tampil kacak dan nyanyian persis lagenda Sudirman, mengubati kerinduan penonton.
Headwind dengan ditunjangi Zulkif yang memperagakan tanjak kemudian menyampaikan beberapa lagu langka Headwind seperti Suraya, Segalanya Mungkin dan berbagai lagi. Zulkif masih berbisa dengan permainan gitar yang hebat dan bergaya.
Alleycats seterusnya mengimbau nostalgia pop 80-an dengan persembahan lagu-lagu evergreen mereka termasuklah Sampaikan Salam, Hingga Akhir Nanti, Andainya Aku Pergi Dulu dan berbagai lagi.
Konsert diakhiri dengan Blues Gang yamg tampil energetik terutama dengan kombinasi Ito dan gitaris Julian Mokhtar. Mereka membawakan hampir 10 lagu yang pernah menusuk khayalak radio 70-an dan 80-an.
Konsert yang hebat dan benar-benar menampilkan estetika muzik Pop Malaysia 80-an yang mana ia merupakan episod muzikal tanahair yang menarik kerana pada era tersebut, berlaku intergrasi muzikal antara kaum yang tinggi seperti dominasi vokal-vokal dan kumpulan bukan berbangsa Melayu yang menyampaikan lagu-lagu Melayu popular seperti Fredo (Flybaits), Carefree, Revolvers, Alleycats dan Fran sendiri.
Untuk rekod, Ipoh Music Symposium adalah acara yang menghimpunkan para aktivis dan akademik daripada pelbagai latar belakang dan genre yang membentangkan makalah dan kajian penulisan masing-masing dengan tahun ini bertemakan muzik Pop Malaysia 80-an. Seramai 18 pembentang telah membuat presentasi makalah mereka di Hotel Travelodge, Ipoh.
Ia dianjurkan oleh PORT Ipoh di bawah kerajaan negeri Perak dan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Selain itu, program turut diserikan dengan pelbagai forum, bengkel dan dokumentasi visual termasuklah dolumentari filem ‘PEKIK’.
Kejayaan IMS 2023 ini membuktikan muzik bukan sekadar wahana hiburan semata-mata tetapi wacana intelektual yamg boleh dihubungkait dengan sosiologi manusia, pendidikan, kebadayaan dan kenegaraan.
Untuk makluman lanjut, boleh rujuk dan lawati laman FB: portipoh (People of Remarkable Talent)
#ChivasAlexandria