Malam Raya Malayneum 23 : Dendam Butterfingers Terbalas

oleh Uzai
861 bacaan

Penulis: Uzai


Berlatarbelakangkan gelungan klip video AIM 2002, bunyi daripada string section perlahan-perlahan mengeluarkan nota yang berulang. Seakan dapat aku teka, mungkin lagu The Chemistry (Between Us) akan muncul selepas ini. Tekaan aku tepat selepas riff gitar lagu itu dipetik oleh kedua-dua ahli Butterfingers iaitu Emmet dan Loque.

Adrenalin semakin dirasai apabila ketukan drum Loko dan bassline Kadak pula menyusul dan semua penonton melompat-lompat girang. Tak keterlaluan untuk aku katakan itu adalah versi live terbaik lagu itu (bagi aku) yang pernah dipersembahkan mereka kerana ia berjaya menyebabkan goosebumps di seluruh tubuh badan.

Transisi masa dari tahun 90-an ke Y2K digambarkan dengan visual yang penuh dengan elemen glitch, utopia dan millenial distopia sepanjang malam konsert Malayneum berlangsung. Rasa seperti dibrainwash apabila visual yang disampaikan berulang-ulang berserta ragam Loque yang gemar mengeluarkan bunyian glitchy voices Allahyarham Tan Sri P. Ramlee daripada beatpad beliau. Konsert dimulakan dengan intro lagu Malayneum itu sendiri. Penonton menyaksikan kehadiran Emmet yang lengkap bersut hitam, Loque pula menggayakan topi pancing, Kadak berkacamata hitam, dan Loko yang turut berpakaian serba hitam.

Sekitar 6,000 penonton yang hair dihidangkan dengan semua lagu di dalam album Malayneum tetapi tidak mengikut turutan namun diselang-seli pula dengan lagu-lagu lain yang turut ada dalam album-album sebelumnya. Emmet mula memegang gitar pada lagu yang ketiga iaitu Antidotes dan para hadirin mula membuka moshpit pada akhir lagu tersebut. Aku turut kagum apabila hampir setiap lagu pasti gitar Loque dan Emmet akan bertukar ganti.

Apabila Loque mula memakai tengkolok, lagu-lagu dari album Transcendence pula mula dihidangkan. Faculties Of Mind, Epitome dan Floating In A Vacuum adalah antara karya-karya yang dibawa pada malam itu. Sempat juga vibe-check dilakukan oleh Loque apabila beliau bertanyakan kepada para hadirin album manakah yang paling diminati, memang ramai yang mengangkat tangan apabila 1.2 Miligram, Butterworth Pushful dan Selamat Tinggal Dunia disebut. Loko juga turut berseloroh pada pertengahan set apabila beliau menyanyikan lagu dari band lama beliau iaitu Scan.

Masih lagi terngiang-ngiang gesekan violin lagu Pacific yang dibawakan pada malam itu. Sangat menelan Spotify bahkan lebih baik dari versi album pada pendapat peribadi aku. Ada juga moment di mana perhatian pentas tiba-tiba dialihkan ke arah belakang penonton apabila Loque dan Emmet “berbusking” di sana, Kadak dan Loko pula di atas pentas. Stadium Melawati disimbahi cahaya berwarna jingga ketika lagu Sad Sunday Evening Blues dimainkan.

Hampir 3 jam konsert berlangsung, “hari raya” Malayneum diakhiri dengan encore lagu Jump and Dive dan cover daripada band Sweet Charity iaitu Tahun 2001.

Kudos buat kugiran Butterfingers dan team konsert ini kerana berjaya membalas dendam dan memberi penghargaan sepatutnya kepada karya-karya yang dihasilkan dalam album Malayneum yang tidak berpeluang  mendapat promosi sepatutnya sewaktu ia dilancarkan. Audio, visual, showmanship dan penyampaian konsep yang dipamerkan memang top-notch bagi aku. Selain berhibur, dapat juga recap semula tentang sejarah peralihan masa dan teknologi yang wujud pada era tersebut.

Diharapkan Butterfingers dapat pula membawa lagu-lagu Melayu yang pernah dihasilkan selepas ini dengan pace yang lebih bersesuaian.


Kredit gambar: Farid Othman, Yuji, Faizal, Dodi, Kurt Maisu.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅